in

“Bila sampai rupanya dah 3 jam pesakit tunggu” – Sistem NG999 Didakwa Bermasalah, Netizen Luah Rasa Kecewa

ng999 bermasalah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ramai yang belum sedar, baru-baru ini Next Generation Emergency Services (NG999) telah mula beroperasi pada 16 November lalu menggantikan MERS999 bagi mendapatkan bantuan kecemasan.

Walau bagaimanapun, ramai yang mula meluahkan rasa kecewa akan sistem NG999 ini kerana mendakwa mendapat bantuan ambulans agak lewat daripada sepatutnya kerana masalah teknikal yang dihadapi sistem tersebut.


Artikel berkaitan: Kematian Pempengaruh Taiwan: KKM Nafi Dakwaan Namewee Ambulans Ambil Masa Hampir Sejam

Artikel berkaitan: “Pesakit boleh pilih hospital kerajaan atau swasta” – KKM Rancang Perkenalkan Aplikasi Ambulans

“Maafkan kami rakyat Malaysia” 

Dalam satu video yang tular di TikTok, seorang petugas ambulans telah membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia selepas mendakwa mereka dalam situasi ‘tersepit’ dengan perlaksanaan sistem panggilan kecemasan yang baharu itu.

Menurut individu itu, ada juga kes yang melibatkan pesakit menunggu sehingga tiga jam untuk ambulans tiba di lokasi.

@dressamodern.u5

sejak berubah ke sistem NG999. serba tak kena. bila sampai rumah pesakit rupanya dah 3 jam lebih pesakit menunggu Ambulan tiba. rasa bersalah dan sedih lihat keadaan pesakit

♬ original sound – DNP – DNP

Maafkan kami rakyat Malaysia. Jika kami lewat respon bila kalian memerlukan perkhidmatan ambulans. Kami juga tersepit di antara sistem baru yang diperkenalkan. 

“Sejak berubah ke sistem NG999, serba tak kena. Bila sampai rumah pesakit rupanya dah 3 jam lebih pesakit menunggu ambulans tiba. Rasa bersalah dan sedih lihat keadaan pesakit,” tulisnya.

Selain itu, ada juga petugas kesihatan mendakwa mereka mendapat panggilan kecemasan dari kawasan yang jauh dari lokasi hospital dan mereka perlukan masa untuk adaptasi dengan sistem tersebut.

@paklahcool_new.acc

pukulan NG MERS 999 18HB NOV.2025 …. KK MALAU,BALING TERIMA KES JLN KUALA KETIL PEKAN LAMA SG PETANI.. ACCEPT ingat kawasan Kuala ketil.. last follow location nohhh sg petani..alang² dah jalan no RTB …in progress …. Alhamdulillah ambil masa.. sistem/app baru yg mengarut.. #ngmers999 #ambulans #klinikkesihatan #teamoncall #kkm

♬ bunyi asal – Lensa PakLah CooL – Lensa PakLah CooL

“Aku dah kena semalam, kesian auntie India tu” 

Video berkenaan juga menerima pelbagai komen daripada netizen yang mana ada di antaranya menceritakan pengalaman tersendiri termasuklah ada yang meninggal dunia kerana kelewatan ambulans.

kena 1 down

Dalam pada itu, isu masalah teknikal yang membelenggu sistem panggilan NG999 ini juga telah mendapat perhatian Ahli Dewan Negara, Dr A Lingeshwaran yang bimbang ia menimbulkan risiko terhadap keselamatan dan nyawa rakyat sekiranya tidak ditangani segera.

Menurutnya, operasi perkhidmatan ambulans menerima kesan hingga membebankan perkhidmatan kecemasan di seluruh negara.

Saya telah dihubungi oleh beberapa perkhidmatan ambulans milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memaklumkan bahawa mereka kini menerima panggilan kecemasan secara langsung tanpa henti.

“Ini jelas menandakan kegagalan NG999 untuk menguruskan dan mengkoordinasikan panggilan kecemasan menyebabkan NGO ini terpaksa mengambil alih bebanan sistem nasional.

“Selain itu, terdapat insiden yang mana dua ambulans kerajaan dihantar ke kes yang sama sekali gus menunjukkan kelemahan koordinasi yang serius, pembaziran sumber tenaga serta menyebabkan kelewatan untuk respon kes kecemasan lain,” dalam satu kenyataan pada Selasa.

Lingeshwaran juga berkata, kerajaan perlu bertindak segera melaksanakan pembetulan bagi memulihkan kembali fungsi NG999 demi melindungi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Sumber: Sinar Harian, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.