Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan pengarah dan penyanyi kontroversi, Namewee yang mengatakan pasukan ambulans mengambil masa hampir sejam untuk tiba di lokasi kejadian, yang mana seorang pempengaruh Taiwan ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik air.
Menurut laporan, mangsa yang dikenali sebagai Iris Hsieh, 31, ditemui terbaring dalam tab mandi sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 1.40 tengah hari, 22 Oktober lalu.
Memetik sumber China Press, pihak KKM menjelaskan pasukan ambulans hanya mengambil masa 26 minit untuk tiba di lokasi kejadian selepas penyanyi itu membuat panggilan kecemasan.
“Ambulans dihantar dalam masa 2 minit selepas menerima panggilan kecemasan dan tiba di lokasi kejadian dalam masa 26 minit,” katanya.
Artikel berkaitan: Polis Klasifikasi Kematian Pempengaruh Taiwan Dalam Bilik Bersama Namewee Sebagai Kes Bunuh
Artikel berkaitan: Namewee Ditahan Polis Positif 4 Jenis D*dah, Nama Terkait Dengan Kematian Pempengaruh Taiwan

Dalam pada itu, pasukan paramedik turut segera memberikan bantuan perubatan kepada mangsa. Sementara itu, Namewee mendakwa dia ada melakukan CPR kepada mangsa namun tidak berjaya menyelamatkannya.
Terdahulu, Namewee mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan penggunaan dadah dan mengkritik respon kecemasan di Malaysia berhubung kematian pempengaruh Taiwan.

Bagaimanapun, laporan terkini daripada pihak polis mendapati kematian pempengaruh terbabit diklasifikasi kes bunuh dan Namewee akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Sumber: WOB
