Benarlah kata orang, rezeki tidak pernah salah alamat. Jika kita seorang yang jujur dalam melakukan pekerjaan, sudah semestinya yang baik pasti akan datang kepada kita.
Ia seperti kisah yang dipaparkan dalam sebuah video TikTok dari @yourmoodd2, yang memaparkan seorang pemandu gojek dari negara seberang diminta menghantarkan sejumlah wang kepada anak pelanggannya.
Wang tersebut bernilai 100 juta rupiah bersamaan RM29,411 yang mana ia dimasukkan ke dalam kotak yang bertutup.
Pada awalnya pemandu gojek yang baru keluar dari surau itu teragak-agak untuk mengambil wang tersebut kerana bimbang ia dari sumber yang tidak halal. Malah sempat juga dia bertanya, ‘Wang ini halal?’ kerana bimbang melakukan perkara yang tidak elok.
Tak sangka rupa-rupanya dapat hadiah motosikal
Pemandu gojek tersebut kemudian akur dengan permintaan pelanggannya dan apabila tiba di lokasi, dia terkejut rupa-rupanya pelanggan tadi mengatakan dia tidak jadi menghantar wang tersebut.
Malah pelanggan itu yang juga merupakan seorang Youtuber Indonesia, HasanJr11 telah menghadiahkan abang gojek tadi sebuah motosikal baru. Tersedu-sedan pemandu gojek tu menangis tak sangka dihadiahkan motosikal!
https://www.tiktok.com/@yourmoodd2/video/6994300193986399514?_d=secCgYIASAHKAESMgowIvJg4aBBmUO00sLeJMq4iKvtGSurNhvp7mxvjNpzQXfA920uePY1tubI05wAixjQGgA%3D&checksum=77b82bae74e2bdb5ae8404f61720da990e0594d01367b17c7b17d4f06bf30eda&language=en&mid=6870914166429861896&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAoyoR-rrYKr-_cTmKwW2AizJ3FQgbc2J7zSTWXVsVyRaiXOEnuRy0ePPjFIA8DbJ4&share_app_id=1180&share_item_id=6994300193986399514&share_link_id=299A95C1-4702-4CDB-A039-4B89A2DDB6D3&source=h5_t×tamp=1628664165&tt_from=copy&u_code=db8b9je91ff796&user_id=6801629490906334209&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
“Jika kita bekerja dengan jujur, insyaAllah rezeki akan berjalan lancar”
Video yang mendapat 1.8 juta tontonan ini telah menerima pelbagai komen positif netizen yang tersentuh dengan kebaikan Youtuber tersebut menghadiahkan abang gojek motosikal baru. Ramai yang mendoakan kedua-dua terus sukses dan jujur dalam melakukan pekerjaan.
Sebak admin tengok reaksi abang gojek tu. Semoga dipermudahkan urusan hidupnya.