in

“Betul-betul depan kami” – [Video] Satu Keluarga Berdepan Detik Cemas, Tanah Runtuh Tiba-tiba Depan Kereta Di Bukit Fraser

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja gembira menyambut kehadiran tahun baru, seluruh negara digemparkan pula dengan musibah banjir besar dan tanah runtuh yang berlaku di beberapa negeri terutamanya di negeri Pantai Timur.


Kejadian hujan lebat yang berlaku sejak minggu lepas menyebabkan paras air semakin naik yang mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh berlaku sehingga menyebabkan beberapa kematian.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai rakaman video oleh ‘saksi’ kejadian tanah runtuh yang berlaku di Pahang sehingga membuatkan netizen ‘seriau’. Kejadian tanah runtuh tersebut berjaya dirakam oleh dashcam kereta pemilik video tersebut yang telah dimuat naik olehnya menerusi akaun Twitter @madihahhsm.

 

Cuaca hujan lebat, tanah tiba-tiba sahaja runtuh

Gadis itu telah berkongsikan detik cemas yang terpaksa dilalui oleh keluarganya apabila tanah runtuh betul-betul di hadapan mata mereka. Kejadian dilaporkan berlaku ketika mereka melalui jalan Fraser Hill – gap pada hari Ahad lepas, 3 Januari kira-kira pukul 1.15 tengah hari.

Jelas kelihatan dalam video tersebut, mereka sekeluarga sedang memandu dalam keadaan hujan yang agak lebat. Secara tiba-tiba, terlihat pula runtuhan besar berlaku gara-gara tanah tiba-tiba sahaja menggelongsor jatuh sehingga menutupi laluan.

 

Ini kali kedua berlaku

Bercakap kepada Lobak Merah, kejadian tanah runtuh ini merupakan kali kedua berlaku kepada mereka sekeluarga.

Ini adalah kejadian tanah runtuh yang kedua berlaku. Tanah runtuh yang pertama berlaku waktu kami dalam perjalanan untuk turun. 

Sebelum kejadian, mereka mengambil keputusan untuk berpatah semula naik ke atas gara-gara berlakunya kejadian tanah runtuh yang lain di laluan turun yang sama. Namun, belum sempat sampai ke atas, berlaku pula tanah runtuh kedua seperti yang terakam dalam video. Mujur sahaja kenderaan yang dipandu mereka sempat ‘dibrake’ sebelum tertimbus dalam runtuhan tanah tersebut.

 

Berjaya dibawa turun dengan selamat

Tambah gadis itu lagi, kenderaan mereka sekeluarga dan beberapa kenderaan lain yang turut berada di situ berada dalam keadaan selamat sebelum mereka dibawa keluar dari kawasan tersebut.

Alhamdulillah, semuanya selamat, kenderaan saya bersama 8 kenderaan yang lain pada kejadian tanah runtuh kedua itu berlaku.

Baca: “Tak boleh balik KL” – Kejadian Tanah Runtuh di Bentong, Jalan Tak Boleh Lalu

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.