Gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkuatkuasa 12.01 malam semalam (9 Oktober 2020) di Mukim Klang, Pejabat Agama Klang penuh dengan ramai pengantin.
Menerusi perkongsian jurugambar Sheikh Ameer Haziq di Facebook, Pejabat Agama Klang (Nikah) itu digambarkan bagai nak ‘meletup’ sebab berpuluh pengantin katanya akan menikah pada malam itu juga sebelum jam 12.01 malam.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=3715224448496304&id=100000263562001
Bercakap kepada Lobak Merah, Sheikh Ameer berkata, kadi di seluruh Klang berhimpun di pejabat agama tersebut untuk melunaskan tanggungjawab mereka menikahkan pengantin di mukim tersebut.
Sesi pernikahan itu juga katanya bermula dari petang semalam (8 Oktober) hingga pukul 11 malam. Tudiaaa jenuh!
Pack sangat masa tu. Setiap pengantin beratur. Berpuluh pengantin juga.
“Setiap pengantin ada masa yang diberi. Contoh pengantin saya jam 9.30 malam jadualnya. Saya hanya photographer sahaja,” katanya.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=3715260618492687&id=100000263562001
Apa-apapun admin ucapkan Selamat Pengantin baru kepada semua pengantin yang bernikah semalam. Mujurlah dapat nikah sebelum PKPB. Kalau tak, kena tangguh pulak ke waktu yang lain. Aduii parah…