in

Berkenalan Di Kilang, Gadis Tak Sangka Akhirnya Berjodoh Dengan Jejaka Bangladesh

Gadis Melayu Nikah Bangladesh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila bercakap tentang soal jodoh, kita tidak boleh menjangka dengan siapa kita akan jatuh cinta dan berkahwin kerana semuanya telah ditentukan oleh Yang Maha Esa.

Inilah yang terjadi kepada seorang wanita Malaysia, Nur Nadhirah Roslee yang tular di TikTok selepas berkongsi pengalamannya bernikah dengan jejaka dari Bangladesh, Mohammad Samim Hossein pada 29 Mei lalu di Joypurhat, Bangladesh.


Bangladesh 2

Berkenalan dengan suami di kilang 4 tahun lalu

Menurut mStar, kisah perkenalan gadis yang lebih mesra dikenali sebagai Nad ini dengan suaminya bermula pada tahun 2018 apabila mereka sama-sama bekerja di sebuah kilang.

Kami kenal kat kilang Top Glove Klang. Saya supervisor staff. Dia supervisor worker. Jadi kami kenal pada waktu itu. 

“Skop kerja kami kena jaga kebajikan pekerja. Jadi saya banyak berjumpa dengannya. Dia dah lima tahun datang Malaysia.

“Tiba-tiba jadi rapat sebab dia mula ajak keluar. Dulu dekat kilang saya tak ramai kawan dengan staf. Saya kawan dengan pekerja Bangladesh dan Nepal je waktu tu,” ceritanya.

Kantoi dengan kakak, hubungan jadi makin serius 

Kata Nad lagi, persahabatannya dengan jejaka itu akhirnya bertukar jadi serius selepas hubungan mereka dihidu oleh kakaknya turut yang bekerja di tempat sama.

Pada awalnya, ibu Nad menentang perhubungan tersebut namun lama-kelamaan keluarganya terbuka menerima hubungannya dengan Samim.

@nurnadhirah66

Wedding👰🏻‍♀️

♬ original sound – Nur Nadhirah – Nur Nadhirah

Makin lama, dia nak jumpa keluarga sebab dah kantoi dengan kakak. Kakak kerja sekali dekat Top Glove masa tu. Jadi, dia boleh cam adik dia bercinta dengan orang Bangladesh.

“Awal tu mak tak okay, biasa la mindset orang kita ni. Tapi ayah okay je dengan orang mana pun. Bila nak kahwin, terbalik pulak. Mak banyak tolong. Ayah pula tak okay sebab nak kena pergi nikah di sana. 

“Sebab plan asal tu memang nak nikah kat Malaysia. Akhirnya kami nikah di kampung belah lelaki. Majlis di Malaysia batal. Sepatutnya buat hujung bulan ni. Tapi dia kena balik sana enam bulan untuk cooling period

“Majlis di sana semua okay dan lagi meriah berbanding Malaysia. Yang ikut sekali hari tu pergi sana adalah mak, ayah dan adik,” katanya.

@nurnadhirah66

Trip to Bangladesh day 3🇧🇩 #mixmarriage #bangladesh #travelbangladesh

♬ original sound – Nur Nadhirah – Nur Nadhirah

Tambahnya lagi, walaupun dia dan suami berbeza latar belakang, mereka tidak mengalami masalah komunikasi kerana bapa mentua dan abang ipar boleh bertutur dalam bahasa Melayu kerana mereka pernah bekerja di Malaysia. Manakala perbualan suaminya dengan ahli keluarga lain pula dalam bahasa Inggeris.

Nad yang juga berasal dari Perlis ini bersyukur kerana perkongsiannya di TikTok telah mendapat pelbagai komen positif netizen yang mendoakan hubungannya dengan suami.

Saya pun tak pernah jangka sebab dulu mindset saya sama macam orang lain juga. Nampak Bangladesh ni lekeh. Banyak (netizen) support, tapi ada juga yang komen negatif, komen kata suami bau bawang la, tak mahu kat orang Melayu la. 

“Ada yang saya buat tak tahu. Kalau yang over tu saya terasa juga. Nasihat saya, kita ni sama saja tak kira bangsa. Kahwin sama Melayu pun boleh bercerai dan ada yang kena pukul. Tak semestinya kahwin dengan warga asing akan bercerai juga,” katanya lagi.

Bangla

Menurut Nad lagi, dia mendapat layanan yang baik dari mereka di Bangladesh, namun sedih apabila orang Malaysia memberi layanan buruk kepada warga asing.

Dia berharap dengan perkongsian videonya ini, ia dapat membuka mata orang ramai tentang orang Bangladesh yang tak seteruk seperti disangkakan.

Baca: Anak Hasil Perkahwinan Wanita Malaysia Dengan Orang Asing Layak Dapat Warganegara

Anak

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.