in

“Berjalan dari 3 PM, makan sama-sama” – Pempengaruh Sarat Hamil Sebak Kongsi Detik Terakhir Sebelum Suami ‘Pergi’

ft isteri hamil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ajal maut di tangan tuhan, ada kalanya pemergian insan tersayang kita memang tak dapat dijangka. Kita dapat saksikan sendiri kisah yang dikongsikan oleh seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Farah Fakhira ini.

Melalui perkongsiannya wanita ini, difahamkan suaminya meninggal dunia secara mengejut. Lebih menyedihkan lagi, Farah kini sedang sarat hamil anak pertama bersama arwah suaminya itu. Al-fatihah.


Artikel berkaitan : Hajat Tak Kesampaian, Suami Meninggal Dunia Lepas Beli Nasi Ayam Untuk Isteri Sakit

Artikel berkaitan : “Tinggalkan 2 anak, isteri mengandung” – Lelaki 35 Tahun M*ut Ketika Main Badminton

 

Seharian luang masa bersama sebelum meninggal dunia

Kira-kira jam 1 tengah hari, Farah kongsikan yang dia ada membuat imbasan untuk bayi dalam kandungannya, malah Farah juga sempat meluangkan masa dengan suaminya sepanjang hari sebelum mereka pulang ke rumah.

Pada waktu malam, Farah dan suami sempat meluangkan masa bersama sebelum suaminya keluar rumah untuk bermain badminton. Bagaimanapun, Farah kemudian dikejutkan dengan berita suaminya pengsan dan dikejarkan ke hospital. Namun, setelah sampai ke hospital, suaminya disahkan meninggal dunia.

“Ya Allah benarlah kematian ini bila-bila masa sahaja Engkau boleh ambil.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by farah fakhira (@farahfakhira_)

Farah menerusi Instagram miliknya telah memohon orang ramai mendoakan agar dirinya kuat dan arwah suaminya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman serta diberikan kesihatan buat bayinya.

Sumber : Instagram 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.