in

“Berdendam sungguh!” – Lelaki Kencing Setiap Hari Di Kubur Bekas Isteri Yang Diceraikan Hampir 50 Tahun Lalu

Kencing Kubur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kurang ajar sungguh!

Itulah ayat yang sesuai menggambarkan tindakan seorang lelaki yang bertindak kencing dan meninggalkan beg berisi najis manusia setiap hari di kubur bekas isterinya yang sudah diceraikan hampir 50 tahun lalu.


Gravestone2 E1664679799235

Oddity Central melaporkan, perkara itu didedahkan oleh anak mangsa, Michael Murphy, 43, selepas berjaya merakam tindakan tidak senonoh bekas suami ibunya dalam kamera tersembunyi yang dipasangnya.

Murphy berkata, menerusi rakaman kamera tersembunyi, seorang lelaki warga emas dilihat datang ke kubur ibunya di Tappan Reformed Church, Orangetown, New York, setiap hari pada jam sekitar 6.00 pagi dan dengan selamba akan kencing pada batu nesan kubur ibunya.

Desecrating Grave 2 E1664679839979

Murphy kemudiannya berjaya mengenal pasti lelaki warga emas itu sebagai bekas suami ibunya yang sudah tidak lagi dihubungi sejak mereka berpisah hampir 50 tahun lalu pada 1976.

Lebih mengejutkan, tindakan bekas suami mendiang ibu Murphy itu turut dibantu seorang wanita lain yang disyaki merupakan isteri suspek.

Untuk rekod, suspek yang tak didedahkan identitinya itu berkahwin dengan mendiang ibu Murphy buat seketika sebelum mereka berpisah gara-gara suspek enggan bertanggungjawab ke atas kandungan isterinya.

Penceraian terbabit difahamkan menjadi motif tindakan vandalisme terbabit.

Sumber: Oddity Central

Baca: Hanya Kerana Enggan Bergambar, Penyanyi Pukul Bekas Isteri Sampai Lebam

Httpswww.astroawani.comberita Malaysiapolis Tahan Penyanyi Lelaki Pukul Bekas Isteri Enggan Bergambar 357811 1 E1664678691726

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.