in ,

“Terpekik macam orang gila” – Netizen Minta Wanita Ini Bertenang Dan Akur Dengan Perlantikan PM8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tan Sri Muhiyuddin Yasin telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 semalam dan telah mengangkat sumpah pagi tadi.


Walaubagaimanapun, ada segelintir masyarakat Malaysia yang protes perlantikan tersebut di jalanan. Sebagai rakyat Malaysia yang berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara, kita seharusnya menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong. Korang boleh tengok video protes oleh @ladydarshankaur yang admin cakap ni kat bawah.

 

Terpekik macam orang gila

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan apa yang dicakapkan wanita ini. Bukan ini caranya kalau tak puas hati, kena salurkan kekecewaan tu ke saluran yang betul. Pekik-pekik macam ni bukan boleh selesai masalah pun.

Yes betul. Macam admin cakap tadi, kita ada Rukun Negara, kena lah ikut betul-betul kalau nak jadi rakyat Malaysia yang baik.

Nampak tak matang betul buat macam tu. Kalau nak ubah, tunggu pilihan raya nanti lah. Kat situ boleh ubah kalau nak ubah.

Memang ada hak kebebasan bersuara, tapi kena profesional dan kena pada tempatnya lah. Kalau macam ni caranya, tak selesai masalah weh.

Semoga segalanya baik untuk tanah air tercinta. 

 

Baca: [RASMI]  Tan Sri Muhyiddin Yassin Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke-8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.