in

Bengang Ditegur Tak Pakai Mask, Lelaki Tikam Warga Emas Sebelum Mati Ditembak Polis

Collage 26

Setiap hari ada je cerita pasal orang Amerika Syarikat yang degil tak nak pakai mask walaupun kes dekat sana dah melambung tinggi. Kali ni, sampai ada yang terbunuh pulak…

Seorang lelaki degil tak mahu pakai penutup muka di dalam kedai di Michigan, Amerika Syarikat hingga menikam seorang pelanggan lain yang menegurnya sebelum dia ditembak mati oleh seorang polis.

Menurut Buzzfeed, Sean Ernest Ruis telah masuk ke dalam sebuah kedai pada pagi Selasa lalu tanpa memakai mask. Perbuatannya ini telah ditegur oleh seorang lelaki warga emas berusia 77 tahun yang merupakan pelanggan dalam kedai itu.

Screenshot 2020 07 16 At 5.57.42 Pm

Bukan sahaja dia telah ditegur untuk memakai mask, malah pekerja dalam kedai tersebut turut menolak untuk memberikan perkhidmatan kepada Sean kerana kerajaan di sana telah pun mengeluarkan arahan supaya memakai penutup muka ditempat awam.

Bengang ditegur, Sean dikatakan telah mengeluarkan pisau dan menikam lelaki warga tua itu hingga menyebabkan kecederaan parah sebelum lari menaiki kereta.

Pihak polis telah mengeluarkan amaran dengan memberikan gambaran fizikal Sean dan dia telah ditahan di salah sebuah jalan di kawasan perumahan.

Selepas diberhentikan, Sean keluar dari kereta dengan pisau di tangan dan dipercayai berniat untuk menyerang polis yang menahannya itu.

Pihak polis telah keluarkan video kejadian yang diambil dari rakaman CCTV di kawasan tersebut.

Polis wanita yang menahan Sean itu mengatakan yang dia telah undur ke belakang bila melihat Sean memegang senjata.

Sambil itu, polis ini berulang kali menyuruh Sean meletakkan senjata tapi tak diendahkan dan lelaki itu terus mara ke hadapan.

Dalam video badan yang disiarkan oleh pihak polis, jelas kedengaran polis wanita itu berulang kali menjerit meminta Sean meletakkan senjata ke bawah.

Bukan tu je, dalam salah satu gambar yang dikeluarkan oleh pihak polis juga, jelas kelihatan Sean memegang beberapa senjata sambil tangannya yang satu lagi di atas tangan polis tersebut.

Sub Buzz 9382 1594827488 1

Dikatakan, Sean telah memegang pemutar skru di satu tangan dan sekurang-kurangnya dua pisau di tangan satu lagi.

Tindakan polis ini untuk menembak Sean hanya dilakukan untuk mempertahankan diri.

Sean telah dihantar ke hospital dan disahkan mati di sana manakala mangsanya yang ditikam sebelum ini telah dirawat di dalam hospital.

Pihak polis di sana membuat keputusan untuk merahsiakan identiti polis wanita tersebut dan hanya memberitahu yang polis itu telah pun berkhidmat selama 22 tahun.

 

Baca: [VIDEO] Degil! Orang Tua ‘Rempuh’ Pekerja Pasaraya Lepas Tak Diberi Masuk Sebab Tak Pakai Mask

Screenshot 2020 07 16 At 5.59.32 Pm

Sumber: Twitter