in

“Begitulah sakitnya hati bila permintaan maaf dilekehkan” – Isu DSV VS Diva AA, Tapi Penyanyi Aishah Pulak Ungkit Kisah Lama?

Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kekalutan isu Dato’ Seri Vida ingin menyaman Diva AA kerana kelancangannya mengutuk anak-anak DSV yang sudah meninggal dunia, tiba-tiba penyanyi Aishah yang terkenal dengan lagu Janji Manismu ni tiba-tiba menyelit memberi pandangan.


Kalau korang masih ingat, dulu DSV pernah ada isu dengan Aishah selepas hadiah barang kemas bagi kemenangan juara Gegar Vaganza 4 yang diberi DSV didakwa palsu dan tidak mempunyai nilai yang tinggi. 

Disebabkan hal tu, Aishah telah menuntut ganti rugi dan permohonan maaf daripada DSV dan DSV pula katanya telah menimbulkan kontroversi dengan meletakkan dua berlian yang sepatutnya diberikan kepada Aishah ke dalam balang keropok. Ish, ish… 

Berlian Rm40 000 Untuk Aishah Ditelan Anak Datuk Vida Terpaksa Korek Mulut Anak
sumber: babab. Net

 

“Begitulah sakitnya hati dan jiwa bila permintaan maaf seperti dipermainkan, diperlekehkan” 

Disebabkan isu lepas yang berlaku di antara mereka, semalam Aishah telah memuat naik status berbaur ‘menegur’ DSV atas perkara yang telah dilakukannya terdahulu semasa isu mereka berdua viral di media sosial. 

Namun pada masa yang sama, Aishah juga menegaskan perkara yang dilakukan Azwan Ali tetap salah kerana dia ‘menghina’ dua anak syurga yang sudah tiada di dunia ini.

Tambahnya lagi, perkara ini sepatutnya diambil sebagai pengajaran besar buat semua orang di luar sana demi pengakhiran hidup yang lebih baik.

 

“Hidup bagaikan roda kan Kak Ecah?” 

Rata-rata netizen di media sosial yang membaca posting tersebut mengakui kata-kata Aishah dan berkata bahawa setiap perkara yang kita lakukan di atas muka bumi ini pasti ada balasan dan sebaliknya.

Bak kata orang putih, “What you give, you get back” kan? Apa-apapun tindakan menghina orang yang telah meninggal dunia tu masih salah dan perkara ni pun dipersetujui netizen ramai.

Victim Blaming
sumber: instagram

Kita semua pun eloklah ambil iktibar daripada apa yang berlaku ni semua. Jagalah mulut dan tutur kata ye! 

Baca: “MAK KO BISNES MERUDUMMM” – Video Cik B ‘Kutuk’ Diva AA Trending Tak Stop Azwan Terus Hina Keluarga DSV!

Anok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.