in

Bebas Atau Bela Diri? Keputusan Mahkamah Kes Rasuah Tenaga Hibrid Solar Rosmah Mansor Akan Diumumkan Esok

Rosmah Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai sedia maklum, isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, 69, telah berhadapan dengan tiga pertuduhan melibatkan kes rasuah tenaga hibrid solar bagi sekolah di pedalaman Sarawak.


Perbicaraan kes ini akan menemui titik penentunya apabila mahkamah esok akan membuat keputusan berkenaan kes rasuah tersebut, lapor Malaysiakini

Rosmah Mansor Az 0909 1

Hakim Mohamed Zaini Mazlan akan membuat keputusan sama ada akan memanggil Rosmah untuk membela diri terhadap pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak, atau membebaskannya.

Menerusi fakta kes, Rosmah berhadapan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.

Sekiranya isteri kepada Najib Razak ini diperintah untuk membela diri, Rosmah mempunyai tiga pilihan iaitu:

  • Berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan 
  • Memberikan kenyataan bersumpah daripada tempat saksi tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan. 
  • Memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

 

Najib akan hadir untuk beri sokongan kepada isteri

Susulan itu juga, demi untuk memberi sokongan buat isterinya, Datuk Seri Najib Razak telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya diberikan kelepasan untuk hadir sedikit lewat bagi perbicaraannya esok bagi membolehkan beliau bersama isteri mendengar keputusan mahkamah.

Najib telah memohon kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah, untuk memberi kebenaran agar kesnya hanya bermula sekitar jam 10 pagi.

Rosmahnajib

Anak guam saya (Najib) akan menyokong isterinya (Rosmah) esok,” kata peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah.

Hakim Collin Lawrence Sequerah kemudian membenarkan permohonan perbicaraan 1MDB esok bermula sekitar jam 10 pagi.

Sama-sama kita nantikan apakah keputusan mahkamah nanti. 

Baca: “Jika tak puas hati sebab kena pecat, janganlah buat sidang media untuk tuduh macam-macam” – Najib

Najib

Sumber: Malay Mail
Sumber: Juice Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.