in

“Jika tak puas hati sebab kena pecat, janganlah buat sidang media untuk tuduh macam-macam” – Najib

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas dipecat dari memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa dalam sidang media semalam mendakwa bahawa wujud gerakan Umno untuk bekerjasama dengan DAP bagi membentuk kerajaan baru.


Anuuar Musa 333333 Bernama

Antaranya, menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perjanjian hitam putih untuk jatuhkan kerajaan Perikatan Nasional yang juga diterajui oleh Barisan Nasional dan rundingan melibatkan DAP untuk membentuk kerajaan baru.”

Katanya, tindakan ini tak sejajar dengan matlamat parti yang berpegang kepada pendirian “No DAP, No Anwar”.

Bukan itu sahaja, Annuar juga mendakwa sebelum ini ada beberapa cubaan untuk mengancam kestabilan Perikatan Nasional hingga menjejaskan kerjasama di antara Umno, PAS dan Bersatu.

Ekoran dakwaan ini, dalam Facebook peribadinya, Najib Razak telah membidas tindakan Annuar yang dianggap telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap parti mereka selepas dipecat.

Jika tak puas hati sebab kena pecat atau tidak bersetuju dengan suara-suara akar umbi serta hampir keseluruhan ketua bahagian UMNO yang menolak PPBM, janganlah buat sidang media khusus untuk tuduh macam-macam untuk mengeruhkan keadaan.”

UMNO adalah parti yang meletakkan suara akar umbi pada tempat paling utama.Jika tak puas hati sebab kena pecat atau…

Posted by Najib Razak on Tuesday, January 5, 2021

 

Tambahnya lagi, tuduhan ini tak berasas memandangkan majoriti akar umbi serta ketua bahagian Umno ramai yang menolak DAP.

Kenyataan Najib ini turut disokong oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang mengatakan Annuar Musa lupa diri.

Har*m jad*h Nuar Musa ni.. Lupa diri.. Bertuhankan Muhidin (sic).”

Screenshot 2021 01 07 At 12.31.43 Pm

Dalam sidang media yang sama, Annuar turut menjelaskan yang menurut undang-undang parti, perlantikan dan penamatan jawatan tak boleh dibuat oleh presiden Umno dan hanya boleh dibuat oleh pengerusi BN semasa mesyuarat parti, lapor The Edge Markets.

Saya nak cadangkan, apa kata pecat saya sekali lagi semasa mesyuarat BN.”

 

Baca: “Saya diberitahu oleh media” – Annuar Kongsi Screenshot Mesej Zahid Hamidi Lepas Berita Dipecat Tular

Screenshot 2021 01 07 At 12.21.10 Pm

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.