in

“Bayi kembar tidak bergerak” – Dr Sheikh Muszaphar Cemas, Kandungan Isteri Tak Bergerak 2 Jam Lepas Anak Terjatuh Atas Perut

Twinning

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana wanita yang sedang hamil pastinya berasa risau dan takut jikalau kandungannya tidak bergerak dalam jangka masa yang agak lama.


Inilah yang berlaku kepada isteri Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina apabila kandungan yang merupakan bayi kembar tidak bergerak selama 2 jam selepas anak-anaknya dikatakan secara tidak sengaja jatuh ke atas perut si ibu. Allahuu…

Menerusi perkongsian Dr Sheikh Muszaphar di Facebook, dia dan isterinya melalui detik cemas malam semalam apabila anak kembar mereka, Adam dan Noah yang sedang bermain secara tidak sengaja terjatuh ke atas perut Dr Halina.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, selepas kejadian itu berlaku, isterinya diam sahaja sampailah dia berasa tidak sedap hati dan memberitahu yang salah satu kembar di dalam perutnya tidak bergerak selepas 2 jam berlalu. 

Bimbang akan perkara buruk berlaku, Dr Sheikh Muszaphar terus bawa isterinya ke bahagian emergency sekitar jam 1.00 pagi.

Video – Twin Baby in tummy wasn’t moving We had a traumatic experience last nite .The twins Adam & Noah were playing…

Posted by Dr Sheikh Muszaphar FanClub on Rabu, 23 September 2020

“Ia merupakan 20 minit yang paling lama menuju ke hospital. Kami berdua berdoa di dalam hati. 

“Saya nampak Dr Halina menangis. Selepas buat scan ultrasound, Alhamdulillah degupan jantung bayi dapat dikesan. Syukur sangat kepada Allah,” kata Dr Sheikh Muszaphar.

Tambahnya lagi, dia tak dapat bayangkan apa yang terjadi kalau sesuatu berlaku kepada kembar tersebut atau anak-anak mereka.

Di samping itu, Dr Sheikh Muszaphar sempat juga berkongsi kepada ibu-ibu hamil di luar sana untuk tidak leka dan ikut naluri hati seorang ibu.

Pastikan bayi dalam kandungan membuat tendangan sekurang-kurangnya 10 kali dalam masa satu jam dan jangan berlengah ke hospital. Yang paling penting, pasangan kena selalu beri sokongan kepada satu sama lain.

Apa-apapun admin doakan semoga kandungan Dr Halina baik-baik saja dan beliau selamat melahirkan tidak lama lagi. 

Baca: “Mengandung anak kembar lagi” – Dr Halina Tetap Gagah Jadi Frontliner Walaupun Tengah Hamil 1st Trimester

Halina Muszaphar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.