in

Bayi 6 Bulan Maut Lepas Ayah Bawa Naik Motor Sejauh 500KM Nak Tengok Bola

Ft Bayi Meninggal Dunia Naik Motor 500 Km 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang bayi berumur 6 bulan meninggal dunia selepas dibawa naik motosikal untuk menempuh perjalanan dari Jawa Tengah ke Jawa Timur demi menonton perlawanan bola sepak.


 

Anak batuk & sesak nafas

Perkara itu disahkan sendiri oleh ibu bapa mereka dan ianya tular di Twitter (sebelum dipadamkan) dengan memberikan luahan rasa bersalah atas kesilapannya itu.

Menurut ayah kepada bayi tersebut, dia bersama isterinya bawa bayi tersebut menaiki motor dari Tegal ke Surabaya pada 30 Julai lepas untuk menonton pasukan bola sepak kegemaran mereka beraksi.

Bayi Meninggal Dunia Naik Motor 500 Km

Kata si bapa ini, perjalanan mereka bermula dari pukul 5.30 petang Sabtu dan sampai ke Surabaya pada 7.15 pagi esoknya, jarak perjalanan tersebut kira-kira 500 kilometer.

Sesampainya mereka ke destinasi, bapa menjelaskan bahawa bayinya batuk-batuk dan susah bernafas. Mereka bergegas ke hospital dan disahkan meninggal dunia setelah doktor berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan bayi perempuannya.

“Ini semua kebodohan yang disaluti dengan ego dan kesombongan saya. Yang bertekad mangajak anak saya berusia 6 bulan untuk berjalan dari Tegal ke Surabaya untuk perlawanan bola sepak. Memang saya yang bodoh.”

Menerusi coconuts.co, dalam tweet tersebut, si bapa ada lampirkan bayi yang sudah di kafankan. Katanya, dia mahu jadikan pengalaman pahit dalam hidupnya ini sebagai satu pengajaran buat ibu bapa.

Walaubagaimanapun, punca kematian bayi tersebut masih belum dikenal pasti. Dalam pada itu, seorang pakar pediatrik terkenal di negara tersebut, Dr Kurniawan Satria Denta memberi nasihat agar ibu bapa tidak membawa bayi mereka menaiki motosikal.

Baca : “Afnan tunggu kami di syurga” – Bayi Azmi Saat Berusia 3 Hari Meninggal Dunia Lepas Berdepan Sakit Kronik

Azmi Saat Bayi Meninggal Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.