in

“Afnan tunggu kami di syurga” – Bayi Azmi Saat Berusia 3 Hari Meninggal Dunia Lepas Berdepan Sakit Kronik

Azmi Saat Bayi Meninggal Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Vokalis Caliph Busker, Azmi Saat berdepan dengan detik sukar apabila bayi lelaki yang baru dilahirkan isterinya 3 hari lepas telah meninggal dunia sebentar tadi.


Perkara ini disahkan oleh Azmi sendiri menerusi satu posting di Instagram yang bertulis,

Allah lebih menyayanginya… Afnan tunggu kami di syurga.” 

Azmi 1

Menurut mStar, sebelum ini, cahaya mata sulung Azmi yang diberi nama Khairul Afnan dikhabarkan berdepan penyakit kronik yang belum diketahui puncanya.

Reda dengan ujian yang menimpa, Azmi memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan anaknya itu yang kini berada di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Azmi 2

 

“Kami sedang riba Afnan untuk kali terakhir” 

Walau bagaimanapun keadaan Afnan dilaporkan makin memburuk dan sejam yang lalu Azmi memberitahu yang bantuan pernafasan anaknya pun sudah dicabut serta kini mereka sedang meriba bayi berusia 3 hari itu buat kali yang terakhir. Allah… 

Azmi 3

Terdahulu, Azmi dan isterinya, Nazira Muhammad, 35, meluahkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata pertama selepas penantian 10 tahun.

Perkongsian Azmi telah mendapat pelbagai komen positif netizen yang tumpang bahagia atas kurniaan terindah dari Tuhan buat pasangan kelainan upaya ini.

Al Fatihah… semoga Azmi sekeluarga tabah hadapi dugaan ini. 

Baca: Tak Sengaja Bersalin Masa Buang Air Besar, Bayi Meninggal Terjatuh Dalam Mangkuk Tandas

Bayi

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.