Semenjak musim COVID 19 melanda, boleh dikatakan kebanyakan daripada rakyat Malaysia sekarang sedang mengalami krisis kewangan kerana dibuang kerja, gaji dipotong ataupun perniagaan yang merosot keuntungannya.
Malah bagi mereka yang golongan OKU pula, cabaran mereka lagilah dasyat. Antaranya seperti yang dikongsikan Ustaz Ebit Lew hari ini berkenaan seorang pemandu teksi OKU yang mempunyai sebelah tangan.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Ustaz Ebit katanya telah bertemu dengan pemandu teksi tersebut semasa dia sedang pusing-pusing di ibu kota, Kuala Lumpur.
Kereta pemandu OKU tersebut rosak dan Ustaz Ebit dengan murah hati telah membawanya ke bengkel.
Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan admin terkejut ialah apabila Ustaz Ebit memberitahu yang pakcik ini bekerja lapan jam setiap hari tetapi hanya menjana pendapatan RM15 ke RM20 SAHAJA sepanjang tahun ini. Allahu…
Sayu tadi pusing kl terjumpa pakcik bawa taxi sebelah tangan. Keretanya rosak. Banyak rosak.
“Kerja 8 jam sehari dapat RM15 ke RM20 sahaja sepanjang tahun ini. Setiap hari keluar rumah cari rezeki. 14 tahun bawa taxi. Tangan sebelah tiada kerana kemalangan jalan raya,” katanya.
Sedih dengan apa yang diceritakan pakcik teksi tersebut, Ustaz Ebit telah membiaya segala kerosakan kereta tersebut dan memberinya sedikit wang belanja.
https://www.instagram.com/p/CI6-tqsl39v/
Ya Allah. Banyak ni ustaz. Pakcik tiba sedih sebak.”
Tambah Ustaz Ebit lagi, pemandu teksi yang mempunyai dua orang anak ini merupakan seorang yang rajin bekerja dan lelaki tersebut juga tidak menyangka akan bertemu dengan ustaz yang sudi membantunya membaiki kenderaan tersebut.
Semoga rezeki ustaz semakin melimpah ruah kerana membantu orang memerlukan.