in

Netizen Kagum Tegok Ustaz Ebit Lew ‘Saja-saja’ Beli Basikal Lipat Hadiahkan Penghantar FoodPanda Yang Tiada Kenderaan

Uel4 E1608367725458

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Manakan tidak orang begitu senang dengan sikap pemurahnya, banyak membantu golongan memerlukan ketika musim-musim pandemik ini. Siapa lagi kalau bukan Ustaz Ebit Lew, terbaru menerusi Instagram miliknya, beliau ada memberikan hadiah kepada penghantar makanan FoodPanda.



 

Saja beli 5 basikal boleh lipat hadiahkan pada 5 orang adik FoodPanda.

Berbeza dengan penghantar makanan lain, 5 orang penerima hadiah basikal lipat daripada Ustaz Ebit Lew ini menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan dengan cara berjalan kaki.

Dengan pendapatan sekitar RM100-RM200, ada antara mereka yang naik LRT untuk menjalankan tugas mereka dan ada latar belakang yang mengharukan, ia telah menyentuh hati Ustaz Ebit Lew.

Memandangkan mereka tiada lesen dan tiada motor atau basikal untuk menjalankan tugas, mereka terpaksa berjalan kaki.

Mereka tiada lesen dan tiada motor atau basikal. Tak mampu beli lagi. Jadi hantar jalan kaki. Katanya mandi peluh hari-hari. Kerja sebab nak sara keluarga.”

Kisah hiba mereka yang telah meruntun hati ini telah mendorong Ebit Lew untuk menghadiahkan para penghantar makanan ini ‘basikal lipat’.

Saya hadiahkan basikal lipat. Mereka suka senang nak bawa naik lrt. Dan ada 9 gear. Ringan nak kayuh. Special untuk mereka. Dan saya beri sedikit duit belanja. Buat 5 orang. Dan yang ada disitu tadi. Semoga adik ini terus kuat yer dan diluaskan rezeki.”

Ia sekaligus memberiikan inspirasi kepada para netizen dan ramai yang kagum melihat sikap pemurah Ebit Lew ini dan masing-masing mendooakan agar Ebit Lew dimurahkan rezeki.

 

Murah rezeki ustaz – Netizen

Uel Uel3

Min pun cukup terharu apabila melihatnya, Team LM pun turut mendoakan agar Ustaz Ebit Lew mendapat rezeki yang melimpah ruah.

 

Baca : Ebit Lew Buka Mulut Selepas Namanya Tular Di Media Sosial Dengan #EbitLewForPM

Ebit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.