in

“Batalkan pengecualian visa pelancong China dan India, settlekan dulu masalah sindiket penipuan warga asing”- Timb. Presiden Pas

Featured 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kerajaan ada mengumumkan pengecualian visa kepada pelancong China dan India untuk masuk ke negara ini berkuatkuasa 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020.


Melalui pewartaan tersebut dinyatakan bahawa tempoh lawatan yang dibenarkan terhad kepada 15 hari dan tidak boleh dilanjutkan, lapor Astro Awani.

Hentikan pengecualian visa, settlekan isu lambakan pelancong China dan India kat negara ni

Namun pengumuman itu nyata tidak dipersetujui Pas, katanya pengecualian visa tersebut perlu dihentikan sebaliknya meminta kerajaan menyelesaikan isu lambakan pelancong China dan India yang bermastautin di negara ini dengan segera.

China Tourist Afp
Sumber: fmt
0F3C692Fc60B5C108Be1Ea78478932F65E09E870C63F2
Sumber: bernama

Menurut Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man, isu keselamatan adalah lebih penting dan utama berbanding sasaran kemasukan pelancong ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020, lapor Sinar Harian.

Penyelesaian isu lebih 95 peratus pelancong China dan India yang tiada rekod tarikh keluar antara tahun 2016 hingga 2018 adalah perkara utama yang perlu diselesaikan kerajaan.

“Jumlah sebenar yang didedahkan oleh Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) ialah melebihi 115,000 orang dan berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 juga mendapati kira-kira 1.26 juta warga China dan 296,000 warga India sedang diproses secara manual di bawah MyIMMs,”

71447428970 Chinatourist
Sumber: astro awani

Tuan Ibrahim berkata pihaknya mendapati masih banyak isu membabitkan golongan tersebut seperti sindiket penjualan dan pemalsuan kad pengenalan, tangkapan kira-kira 1,000 warga China terbabit kes tipu dalam talian, penurunan had ambang pemilikan tanah oleh warga asing dan lambakan golongan pendatang asing tanpa izin di negara ini.

Justeru Pas meminta kerajaan tidak berkompromi dan ambil mudah dengan kemasukan warga asing.

Malah masalah kritikal yang perlu ditangani sekarang ialah kelemahan dalam perlaksanaan Sistem Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (eNTRI) dan MyIMMs di pintu-pintu masuk pelancong.

Korang rasa macam mana?

Baca : Takkan lah lesap macam tu je- Lebih 100,000 Pelancong China Dan India Menetap di Malaysia?

China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.