KUALA LUMPUR, 11 November 2025: Bask Bear Coffee & Toasties hari ini mengumumkan
sokongannya terhadap Kempen Visit Malaysia 2026 melalui penajaan berskala besar yang
memberi manfaat kepada 100,000 pelancong dari luar negara serta rakyat Malaysia, menerusi
tawaran menarik yang dijangka memeriahkan landskap kopi tempatan.
Bask Bear Coffee & Toasties menaja 100,000 minuman percuma yang bernilai RM1.2 juta untuk pelancong luar negara melalui tawaran “Beli 1 Percuma 1” bagi siri minuman Aren, yang
menggunakan Gula Aren beraroma karamel dari Borneo, sebagai alternatif yang lebih baik
berbanding gula perang atau madu.

Sementara itu, rakyat Malaysia boleh menikmati minuman Americano percuma setiap
hari dengan hanya RM29 sebulan melalui pelan Bask Bear Club, iaitu bersamaan kira-kira 97
sen secawan, tawaran terbaik di pasaran pada masa ini.
Kerjasama jenama tempatan, Bask Bear Coffee &Toasties, bersama Tourism Malaysia ini
diumumkan dalam satu majlis yang turut dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato
Sri Tiong King Sing.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo, berkata Bask Bear
Coffee & Toasties merupakan jenama gaya hidup tempatan pertama yang melaksanakan penajaan berskala besar untuk VM2026 yang memberi manfaat kepada pelancong dan rakyat
Malaysia.
“Kami mahu menyokong usaha Tourism Malaysia menarik pelancong antarabangsa menikmati destinasi menarik negara. Cara terbaik ialah memperkenalkan siri Gula Aren istimewa kami yang menggunakan bahan dari Borneo. Pelancong dapat menikmati satu minuman percuma dengan setiap pembelian minuman Aren Aerocano, Aren Latte atau Aren Cocoa.
“Pada masa yang sama, kami mahu menghargai rakyat Malaysia yang telah menyokong kami. Dengan Bask Bear Club, orang ramai boleh menikmati minuman Americano percuma setiap hari pada harga RM29 sebulan. Pelanggan juga boleh memilih minuman kopi yang lain dengan tambahan RM3.90 atau RM9.90 untuk toasties setiap hari.
Kami turut memberikan satu bulan tambahan secara percuma sebagai tawaran pengenalan bagi menyokong pelancongan domestik. Jadi, pelanggan dapat menikmati dua bulan dengan hanya RM29, bersamaan kurang daripada 49 sen untuk setiap cawan kopi,” kata Loo.
Untuk menebus tawaran “Beli 1 Percuma 1” ini, pelancong hanya perlu menunjukkan
tangkapan layar banner Bask Bear di laman rasmi VM2026 (https://www.malaysia.travel/)
beserta pasport mereka di mana-mana cawangan Bask Bear Coffee & Toasties.

Tiong, dalam ucapannya, mengalu-alukan usaha Bask Bear Coffee & Toasties dan menggesa
lebih banyak jenama tempatan tampil menyokong kempen VM2026, memandangkan
penglibatan sektor swasta amat penting dalam memacu promosi pelancongan negara.
Beliau berharap kerjasama bersama Bask Bear Coffee & Toasties ini membantu VM2026
mencapai sasaran 47 juta pelancong antarabangsa dan RM329 bilion dalam perbelanjaan
pelancongan. Loo menjelaskan bahawa dengan harga runcit RM6.90 secawan, penajaan sehingga 30 cawan Americano bagi setiap rakyat Malaysia sepanjang tempoh tawaran ini dianggarkan bernilai RM207 seorang.
Beliau menambah bahawa kerjasama dengan Tourism Malaysia juga sangat bertepatan kerana
identiti Bask Bear Coffee & Toasties sendiri diinspirasikan daripada Beruang Madu Malaya yang secara kebetulan turut menjadi maskot rasmi VM2026.

Majlis pelancaran hari ini turut menampilkan maskot VM2026, Wira dan Manja, bersama
maskot Bask Bear Brader BLE, yang mempamerkan ikatan persaudaraan di samping
menyampaikan mesej bangga akan warisan tempatan, kesedaran pemuliharaan alam, dan
hospitaliti Malaysia.
“Kami mahu pelancong membawa pulang bukan hanya kenangan, tetapi keramahan dan budaya Malaysia itu sendiri. Bask Bear Coffee & Toasties dibina dengan keyakinan bahawa identiti dan sumber tempatan kita mempunyai tempat di pasaran antarabangsa.
“Kerjasama dengan Tourism Malaysia ini seiring dengan usaha kami menyokong pelancongan negara dan mempromosikan kopi tempatan kepada lebih ramai pengguna,” kata Loo.
Beliau menambah, inisiatif ini juga seiring dengan langkah Kerajaan yang
memperkenalkan insentif pelancongan domestik di bawah Belanjawan 2026, yang memberikan
pelepasan cukai sehingga RM1,000 kepada rakyat Malaysia bagi perbelanjaan pelancongan
dalam negara.
