Dah penat-penat berlari kejar bas, sekali, bila dah sampai dekat pintu, pemandu pergi tutup. Nak kata dah penuh, tak ada pun, dah orang ni kena duduk dekat bus stop tunggu bas lain.
Insiden yang disaksikan oleh Azlan Sulaiman ini telah membuatkan ramai netizen jadi bengang apabila ianya dikongsikan di Twitter. Raih sebanyak 16K jumlah retweets sejak dikongsikan 3 hari lepas. (9/4/2022).
Kurang ajar – Netizen
Disamping itu, ramai juga yang bersimpati dengan nasib lelaki ini, ya lah ditambah lagi sekarang ni bulan puasa, nak berlari tu memang makan tenaga yang banyak kan?
https://twitter.com/azlanalanlan/status/1512690438842445826
Malah ada juga netizen yang kongsikan pengalaman yang lebih kurang sama seperti lelaki ini lalui sebelum ini.
Walau bagaimanapun pihak Rapid KL ada tampil beri respon untuk mendapatkan maklumat mengenai kejadian
Hi, maaf ye. Kejadian berlaku jam berapa? Berlaku di mana dan menghala ke mana? Boleh dapatkan nombor laluan bas?
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) April 9, 2022
“Kami memandang serius dakwaan tentang kejadian tersebut yang melibatkan etika dan tanggungjawab sebagai seorang kakitangan Rapid Bus”
Oleh sebab itu, menerusi Twitter rasmi @AskRapidKL, telah tampil untuk memberikan respon dengan lebih terperinci, kata mereka, kejadian ini berlaku di sekitar Jalan Klang Lama, kira-kira dalam pukul 3.10 petang.
Katanya lagi, mereka kini sedang menjalankan siasatan dan akan ambil tindakan kepada pemandu bas tersebut.
Ciapan oleh pengguna Twitter yang menggunakan akaun @azlanalanlan memaparkan gambar seorang lelaki sedang menunggu bas di perhentian bas yang kosong. Beliau mendakwa penumpang telah berlari mengejar bas, akan tetapi pintu bas ditutup oleh Kapten Bas. Kejadian dikatakan berlaku di
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) April 10, 2022
Jalan Klang Lama sekitar 3:10 petang.
“Kami memandang serius dakwaan tentang kejadian tersebut yang melibatkan etika dan tanggungjawab sebagai seorang kakitangan Rapid Bus," kata Rapid Bus dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) April 10, 2022
Tambahnya lagi, menerusi data kotak hitam yang dirakam secara automatik itu, ia menunjukkan bas terbabit telah berhenti di perhentian tersebut.
Namun begitu, pihak mereka akan menemu ramah pemandu tersebut dan jika didapati bersalah mereka akan ambil tindakan tatatertib.
didapati bersalah, tindakan tatatertib sewajarnya akan diambil.
"Rapid Bus memohon maaf atas kejadian ini dan memberi jaminan tindakan susulan yang sewajarnya akan diambil bagi memastikan perkara sebegini tidak akan berulang di masa hadapan," tambah kenyataan itu lagi.
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) April 10, 2022
Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat lanjut mengenai insiden ini diminta untuk menghubungi talian bantuan Rapid KL di 03-7885 2585 bagi membantu siasatan.
Baca : “Kau berhenti sini” – Pemandu Bas Rapid Biadap, Buli Budak Sekolah Tak Bagi Berhenti Kat Rumah