Kerajaan Kedah masih belum menghantar permohonan kepada Agensi Pengangkutan Awan Darat (Apad) berhubung pembinaan LRT di Langkawi menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Tambahnya lagi, pengumuman kerajaan negeri tersebut baru-baru ini mengenai rancangan pembinaan LRT tersebut hanyalah memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan sebuah firma Korea Selatan untuk kajian kebolehsanaan projek seperti itu.
Menurutnya lagi, dari sudut undang-undang, mereka (kerajaan Kedah) perlu memohon satu skim landasan kereta api daripada Apad, iaitu di bawah Kementerian Pengangkutan dan setakat ini masih belum ada permohonan untuk skim berkenaan.

Katanya dalam satu sidang media, sekiranya ada tindakan seterusnya dan sekiranya syarikat tersebut ada usaha sama, mereka boleh memohon skim itu daripada Apad.
Artikel berkaitan : “Air kuning” – Pelancong Asing Ini Dedah 3 Hari Tak Mandi Melancong Dari Penang Ke Langkawi
Artikel berkaitan : Muncul Sekali Dalam Setahun, Orang Ramai Tak Lepaskan Peluang Lawat Laut Terbelah Di Langkawi
Terdahulu, Exco Kedah, Haim Hilman Abdullah dilaporkan berkata Permodalan Kedah Bhd telah menandatangani satu MoU dengan sebuah firma dari Korea Selatan iaitu Royal Eco Train Development (RETD).

Katanya, kajian firma tersebut terhadap cadangan membina LRT di Langkawi akan siap dalam tempoh enam bulan dan menurut perancangan, kerajaan Kedah ingin membangunkan laluan LRT dari terminal feri Kuah ke Pantai Cenang sebelum ianya diperluas secara berperingkat ke destinasi pelancongan lain di pulau peranginan itu.
Sumber : FMT
