in

Baru Lepas Jadi ‘World Champ’, Pemain Badminton Malaysia Didakwa Bercinta Dengan Pemain China?

syaz ft 2025 09 10T130022.854

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja memenangi Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris baru-baru ini, Chen Tang Jie menjadi perhatian lagi, tapi kali ini bukan kerana badminton.

Sebelum ini, ada desas-desus yang mengatakan atlet beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie, dan pemain beregu wanita China, Jia Yifan sedang hangat bercinta.


Khabar angin itu menjadi lebih meyakinkan apabila kedua-dua atlet profesional itu dilihat menaiki kereta mewah bersama di Hong Kong, Isnin lalu.

Artikel berkaitan: Yakin Kata Lin Dan Pemain Badminton Negara, Netizen Persoal Pengetahuan Am Jofliam

Artikel berkaitan: Pemain Badminton Negara, Ong Yew Sin & Bekas Pemain Badminton Jepun, Aya Ohori Kini Bergelar Suami Isteri

cats 3

Menurut mStar, difahamkan mereka berdua dilihat sehari sebelum kejohanan Terbuka Hong Kong, ketika peminat berkumpul di luar hotel penginapan pemain untuk mendapatkan tandatangan.

Ketika di Hong Kong, Yifan dilihat menaiki kereta mewah Rolls-Royce, peminat kemudiannya terlihat juga sosok tubuh Tang Jie di dalam kereta tersebut, yang lebih menarik perhatian ialah warna rambut Yifan yang kelihatan seakan-akan sama dengan warna rambut perang Tang Jie.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan mereka sedang bercinta namun tiada kenyataan rasmi daripada kedua-dua mereka. Kalau betul apa salahnya kan?

 

Sumber: mStar

Sumber: ubadminton

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.