in

“Baru je baca pasal dia” -Lepas Kisah Kantoi Menyamar Jadi Anak Viral, Banduan Ditemui Mati Bunuh Diri

Collage 9

Semalam admin baru je tulis cerita pasal banduan dari Brazil ni cuba larikan diri dengan menyamar jadi anak dia. Tiba-tiba hari ni dia dah mati?

Menurut Mirror, penguatkuasa di Rio de Janeiro semalam mengesahkan yang raja dadah terbesar di Brazil, Clauvio da Silva telah ditemui mati semalam selepas percubaan untuk melarikan diri dari penjara pada Sabtu lepas tak membuahkan hasil.

Sabtu lepas, selepas Clauvio kantoi cuba menyamar sebagai anak perempuannya yang berusia 19 tahun, dia telah di bawa ke unit kawalan tinggi sebagai langkah untuk mencegah lelaki ni dari melarikan diri lagi.

Mana taknya, ini bukan percubaan pertama lelaki ni, sebelum ni pun dia pernah cuba larikan diri melalui lorong bawah tanah tapi dapat ditangkap semula.

Namun semalam, pegawai penjara menemui Clauvio mati di dalam sel selepas dia gantung dirinya dengan menggunakan cadar tilam.

Kematian Clauvio ini telah mencemarkan nama pihak penjara Rio yang baru saja meraikan kejayaan mereka menangkap Clauvio dari melarikan diri dari penjara Sabtu lepas.

Dengar cerita, penjara dekat Brazil ni memang dahsyat dan menakutkan. Kalau tak, tak kan dia beria sangat nak keluar dari situ?

 

Baca: “Tak real langsung” – Raja Dadah Cuba Lari Dari Penjara Dengan Menyamar Jadi Anak Perempuannya

Collage 8