in

“Tak real langsung” – Raja Dadah Cuba Lari Dari Penjara Dengan Menyamar Jadi Anak Perempuannya

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua dadah Brazil Clavino da Silva cuba melarikan diri dari penjara dengan menyamar jadi anak perempuannya yang berusia 19 tahun. Walaupun dia dah pakai rambut palsu, baju perempuan dan siap pakai topeng silikon, dia tetap kantoi jugak.


Menurut Daily Mail, kejadian ini berlaku semasa hari anak perempuannya datang melawat di penjara. Banduan ni siap tinggalkan anak perempuan dia dekat dalam sel lagi untuk lepaskan diri.

“Tak nampak macam perempuan langsung”

Tapi, nak menyamar ni bukan hanya dari pakaian je, masa dalam perjalanan nak keluar penjara, Clauvino kantoi dengan pegawai penjara sebab berkelakuan aneh dan nampak gemuruh.

Wakil Pentadbiran Penjara Rio berkata, Claudino atau dikenali sebagai Baixinho atau shorty kerana fizikalnya yang pendek telah di bawa ke bilik lain dan disuruh untuk buka bajunya.

16890466 7320957 Image A 138 1564966255011

“Clauvino memakai baju imej kartun berwarna pink dengan bra hitam di dalam, berambut panjang berwarna hitam, memakai selipar berwarna putih dan cermin mata.

“Walaupun, mukanya nampak macam budak perempuan, cara pergerakan dia langsung tak nampak macam perempuan.

“Pegawai semua rasa macam ada yang tak kena dengan penampilannya, lagi-lagi bila dia berdiri di tengah tujuh wanita lain semasa hendak keluar dari penjara.

“Wanita-wanita lain pula nampak seperti sedang mengelilingi dia. Mereka kelihatan seperti menghalang kami dari melihat dia dengan jelas.”

Seorang pegawai penjara sempat merakam video semasa mereka cuba mendedahkan identiti disebalik wanita palsu ini.

Macam yang korang tengok dalam video dekat atas ni, pegawai-pegawai ni memang terkejut bila topeng silikon tersebut dibuka dan melihat wajah penjenayah terbesar di Rio de Janeiro yang bersembunyi di sebalik topeng tersebut.

Screenshot 2019 08 06 At 12.48.20 Pm

Wakil penjara ini menambah yang Clauvino mengambil kesempatan untuk menukar baju dengan anak perempuannya, Ana Gabriele semasa waktu melawat, dan menyuruh anaknya bersembunyi di dalam penjara tersebut.

Tujuh wanita lain yang turut bersama Clauvino dipercayai cuba membantu dia untuk melepaskan diri. Mereka dan anak perempuan lelaki ini ditahan untuk disoal siasat.

Kalau korang nak tahu, salah seorang tujuh wanita tu mengandung, dan dipercayai, dia yang bawa barang-barang samaran ini kerana menurut undang-undang, pegawai penjara tak boleh periksa wanita hamil.

16890470 7320957 Image A 141 1564966263978
Sumber: daily mail

Percubaan Clauvino yang dihukum penjara 73 tahun dan 10 bulan ini bukanlah cubaan pertama dia, pada Februari 2013, dia dan 31 banduan lain pernah cuba lari melalui laluan bawah tanah tapi sempat ditahan sebelum dorang sempat keluar. Memang bukan rezeki dia lah nak keluar nampak gayanya…

Macam manalah dia boleh bawak masuk orang ramai-ramai untuk tolong dia keluar. Confirm bayar banyak ni.

 

Baca: Cuba Lari Dari Penjara, Ketua Gangster Menyamar Jadi Perempuan Kantoi Kerana Suara Garau

Screenshot 2019 08 06 At 12.56.48 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.