Kastam Indonesia tampil kongsikan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menyaksikan seorang juruterbang Malaysia yang ditahan selepas dipercayai cuba untuk menyeludup dadah.
Dalam rakaman tersebut, dilihat suspek berseorangan tiba di Terminal 3 Antarabangsa Lapangan Terbang Soekarno-Hatta bersama sebuah bagasi dan satu lagi beg.
Artikel berkaitan: Ini Keadaan Terkini 2 Juruterbang TUDM Pesawat Hornet Yang Terhempas Malam Semalam
Artikel berkaitan: Juruterbang Muda Ditahan, Lakukan Penerbangan Tanpa Kebenaran Ke Antartika
Seludup dadah & Urin
Selepas turun dari pesawat, suspek melalui kawasan ketibaan untuk melengkapkan proses Pengisytiharan Kastam (Customs Declaration) di laman sesawang All Indonesia, juruterbang tersebut terusdikatakan terus menjalani proses penilaian oleh Pegawai Penilaian Risiko (Risk Assessment Officer).
View this post on Instagram
Difahamkan, pada mulanya, suspek diarahkan untuk ke laluan khas kru peenrbangan tetapi pihak kastam di lapangan terbang itu mahu menjalankan pemeriksaan lanjut.
Sumber melaporkan bahawa hasil pemeriksaan mendapati bahawa sebanyak 25 kilogram pil ekstasi, bersamaan 70,114 biji, serta dadah jenis syabu (methamphetamine) turut disembunyikan di dalam bagasi.
Pada masa yang sama, pihak berkuasa juga ada menemui dan merampas sebotol kecil uang diisi urin yang dipercayai telah disediakan lebih awal untuk memalsukan ujian saringan jika diminta untuk melakukannya.
Tiada objek mencurigakan semasa di KLIA – AKPS
Dalam pada itu, pihak Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Malaysia mengatakan semasa pemeriksaan terhadap bagasi suspek semasa di Malaysia, tiada sebarang penemuan objek mencurigakan.
Dapatan itu diperoleh hasil pemeriksaan awal, ketika suspek melalui mesin pengimbas bagasi terkini yang dilengkapi sistem teknologi tinggi kecerdasan buatan (AI) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Indonesia.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata suspek telah melalui semua proses saringan sebelum menaiki pesawat dan berlepas ke Indonesia.
“Dalam saringan dilakukan sepertimana biasa menggunakan mesin pengimbas, beg dibawa tidak memberi apa jua imej yang mencurigakan.”
“Justeru itu ia melepasi saringan biasa yang dilaksanakan oleh pihak keselamatan lapangan terbang antarabangsa KLIA.”
Ditanya sama ada bekalan dadah seberat 26 kg itu yang ditemui dan dirampas Bahagaian Cukai dan Kastam Indonesia diterima dan dibawa oleh juruterbang sama selepas pemeriksaan mesin pengimbas, Muhd Shuhaily mengatakan bahawa dia serahkan perkara itu kepada pihak PDRM.
Sumber : Instagram, Berita Harian
