Kejadian gempa bumi yang berlaku di Turkiye dan Syria semalam benar-benar membuatkan ramai di antara kita terkejut, bimbang dan sebak mengenangkan situasi yang dihadapi mangsa-mangsa di sana.
Bagi yang tak tahu, pendakwah, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 38 atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Asyraf bersama keluarganya baru saja berhijrah ke Turkiye pada 24 Januari lepas.
https://www.instagram.com/p/CmUGNRsJYY3/
Susulan isu gempa ini, ramai yang tertanya-tanya akan keadaan pendakwah tersebut yang kini menetap di Istanbul.
“Hanya diterpa gegaran kecil dan ribut”
Menerusi perkongsian di Instagram, Imam Muda Asyraf memaklumkan bahawa keadaannya dan keluarga baik-baik sahaja kerana mereka tinggal agak jauh dari kawasan bencana.
Walau bagaimanapun, gempa bumi yang meragut nyawa ribuan orang itu menurutnya antara yang paling dahsyat dan tidak pernah dialami sebelum ini. Malah gegarannya juga terasa hingga ke Wilayah Syria dan Lubnan jauhnya.
https://www.instagram.com/p/CoUfjd6tNT_/
Pun begitu, mujurlah keadaan beliau dan keluarga baik-baik sahaja serta tiada apa yang perlu dirisaukan. Mereka hanya merasa gegaran kecil dan ribut yang melanda Kota Istanbul pada ketika kejadian berlaku.
Semoga Allah memberikan kesabaran dan ketabahan bagi mereka yang ditimpa musibah dan ujian ini. Kedudukan kami sekeluarga agak berjauhan. Menetap di Kota Istanbul hanya diterpa gegaran kecil serta ribut.
“Ramai yang mesej bertanya khabar. Tak perlu dirisaukan. Alhamdulillah kami sekeluarga dalam keadaan sihat seadanya.
“Banyak perkara yang terasa ingin dikongsikan. Namun hanyalah doa dari kalian kami hajatkan agar dipermudahkan segalanya di sini,” katanya.
“Semoga ustaz sentiasa dilindungi”
Posting daripada pendakwah tersebut telah menerima pelbagai komen daripada netizen dan rakan artis yang bimbang akan keadaannya di sana.
Rata-rata mendoakan semoga ustaz tersebut bersama keluarganya berada dalam keadaan selamat.
Marilah kita sama-sama doakan semoga Imam Muda Asyraf sekeluarga selamat di Turkiye sana.