in

“Bapak aku polis!” – Ini Kisah Sebenar Kes Viral, Polis Tembak Ibu & Anak Sampai Mati Di Filipina

Collage 41

Beberapa hari lepas, orang-orang di Filipina telah dikejutkan dengan video berdurasi 5 minit yang tular menunjukkan seorang pegawai polis (tak bertugas) telah menembak mati jirannya.

Pembunuhan kejam yang sempat dirakamkan ini dikatakan berlaku pada Ahad lepas (20 Disember 2020) telah menyebabkan rakyat di sana marah lebih-lebih lagi selepas perlantikan Presiden mereka, Rodrigo Duerte pada 2016, dikatakan sebanyak hampir 6,000 orang telah dibunuh oleh polis hingga hujung September ini.

Tapi apa sebenarnya yang berlaku disebalik video tular itu?

Gaduh sebab meriam udara ke sebab rebut tanah?

Screenshot 2020 12 23 At 1.17.21 Pm

Dalam video tersebut, kelihatan ibu dengan rambut penuh uban, Sonya Gregorio memeluk anaknya, Frank Anthony yang berusia 25 tahun ketika mereka bertengkar dengan Sarjan Jonel Nuezca di luar rumah mereka di Manila.

Laporan dalaman mengatakan pertengkaran antara kedua jiran ini bermula apabila Frank letupkan meriam udara yang diperbuat dari paip PVC pada jam 5 petang hingga menyebabkan bunyi bising.

Disebabkan ini, Jonel yang bengang dengan bunyi yang dibuat oleh Frank telah pergi ke rumah jirannya untuk menangkap lelaki itu hingga menyebabkan pertengkaran antara Sonya dan Jonel tercetus.

Pertengkaran yang bermula dari bunyi bising itu meleret hingga pergaduhan mengenai perebutan tanah yang dah lama menjadi isu antara dua keluarga ini.

Saudara mara Sonya yang berkumpul disekeliling mereka  cuba untuk tenangkan Jonel manakala seorang wanita dilihat menangis sambil meminta Frank untuk minta maaf dan Jonel untuk beredar.

“Bapak aku polis!”

Screenshot 2020 12 23 At 1.17.13 Pm

Beberapa saat sebelum tembakan dilepaskan, anak perempuan Jonel yang juga merupakan seorang budak bawah umur dilihat menghampiri Sonya dan menampar tangannya meminta wanita itu lepaskan anak lelakinya dan serahkan kepada bapanya yang ketika itu sedang mencengkam tangan Frank.

Bapak aku polis” jerit budak perempuan itu sebelum Sonya membalas, “Aku tak kisah!”

Kau nak aku habiskan kau sekarang?”

Kata-kata terakhir Jonel sebelum dia keluarkan pistol 9mm miliknya dan menembak Sonya dan Frank di kepala sambil ditonton oleh orang ramai dan sekurang-kurangnya dua orang merakamkan tindakannya menggunakan telefon.

Bukan tu je, Jonel turut lakukan tindakan kejam ini di hadapan anak perempuannya yang masih kecil!!!

Sebelum Jonel tinggalkan tempat kejadian, dia sekali lagi menembak kepala Sonya yang masih bergerak di atas tanah. Weh, kejam gila!!!

Menurut Alyssa Calosing, salah seorang saksi yang merakamkan kejadian itu, Jonel dikatakan telah memukul Frank sebelum tembakan dilepaskan hingga orang sekeliling ramai yang menangis meminta dia berhenti.

Lepas dah tembak, dia ambik anak dia sebelum berlalu pergi macam tak ada apa-apa yang berlaku.”

Serah diri dan menyesal?

Eb Rdshoot1 211220 0

Selepas kejadian tersebut, Jonel Nuezca telah pun menyerah diri di balai polis dan mengaku telah membunuh ibu dan anak tersebut.

Ketua Polis Tarlac, Noriel Raboao memberitahu media yang Jonel tak dapat mengawal dirinya.

Dia cakap, bila dia nampak pertengkaran antara anaknya dan wanita berusia itu, tiba-tiba pandangannya jadi gelap dan dia tak dapat kawal dirinya.”

Untuk pengetahuan korang, Jonel sebelum ini pernah didakwa atas dua pertuduhan membunuh tapi dibebaskan atas alasan tak cukup bukti.

Jurucakap Presiden Filipina, Harry Roque telah mengecam tindakan Jonel ini dan mengatakan ia tak ada kaitan dengan perkhidmatannya. Jonel ketika itu sedang bercuti dan melawat keluarganya di Tarlac dan jauh dari tugasannya di Metro Manila.

Pegawai polis itu akan dihukum – tak ada kalau, tak ada tapi. Presiden tak akan lindungi dia.”

Sejak video pembunuhan ini tular, tanda pagar #StopTheKillingsPH dan #JusticeforSonyaGregorio telah trending di media sosial hingga ke hari ini menuntut keadilan buat ibu dan anak malang itu.

Sumber: The Straits Times, The Washington Post

 

Baca: “Siap provok dengan pisau lagi” – Polis Tembak Mati Warga Emas Sebab Degil Tak Nak Pakai ‘Face Mask’

Screenshot 2020 12 23 At 1.21.58 Pm

Sumber: Rappler
Sumber: Rappler