in

“Siap provok dengan pisau lagi”- Polis Tembak Mati Warga Emas Sebab Degil Tak Nak Pakai ‘Face Mask’

Feat 6 E1614398880162

Sebelum ini Lobak Merah ada menulis mengenai amaran yang dikeluarkan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang akan menembak rakyatnya yang degil mengikut arahan perintah ‘lockdown’ di negara itu.

Terbaru dalam laporan yang dikeluarkan Malaysia Gazette semalam, seorang lelaki warga emas berusia 63 telah ditembak mati oleh polis negara itu.

1 5

Dalam kejadian di sebuah perkampungan di selatan bandar Nasipit, di Wilayah Agusan del Norte, dikatakan mangsa dalam keadaan mabuk dan kemudian mengugut pihak berkuasa dengan pisau tajam.

Warga emas tersebut didakwa mempersoalkan dan melawan polis ketika diperintah untuk memakai topeng muka.

Ia sekaligus menjadi kes pertama orang awam ditembak mati oleh polis di Filipina kerana melanggar peraturan Koronavirus 2019.

 

Baca : Saya sendiri akan kebumikan mereka- Presiden Filipina Beri Amaran Keras, Tembak Mati Rakyatnya Yang Langgar Perintah Berkurung

2 7