in

Bapa Tidak Sempat Raikan Hari Bahagia Anak, Maut Selepas Edar Kad Kahwin

F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari bahagia yang bakal tiba bagi seorang anak bertukar menjadi suram apabila bapanya maut dalam kemalangan jalan raya. Kejadian berlaku di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) Pengkalan kira-kira jam 2.30 petang, 9 Februari lalu.


Mangsa dikatakan baru mengedarkan kad kahwin anaknya itu di kawasan Pengkalan dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Permai, Rembia.

Maut0
sumber: kosmo

Ketika kejadian, mangsa dikatakan baru sahaja keluar simpang sebelum motorsikal Honda Wave yang ditunggang bergesel dengan sebuah lori Isuzu yang dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun dari arah yang sama.

Menurut seorang sumber, pelanggaran itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Maut
Sumber: sinar harian

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sangat menyedihkan apabila seorang ayah tidak dapat bersama meraikan hari bahagia anak. Semoga keluarganya tabah. Al Fatihah.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.