in

Bapa Sado Pakai Skirt Teman Anak Menari Ballet Cuit Hati Netizen

Ballet7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Bapa Sado Pakai Skirt Teman Anak Menari Ballet Cuit Hati Netizen
Loading
/

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada penggantinya. Ibu bapa akan melakukan apa sahaja untuk membuat anak mereka gembira. Mereka sanggup berkorban ringgit dan masa bagi melihat senyuman terukir di bibir anak mereka.


Samalah juga seperti seorang bapa ini yang sanggup melakukan perkara yang di luar jangkaan. Baru-baru ini tular video di Facebook dan gambar di Instagram menunjukkan seorang ayah yang menari tarian ballet dengan lengkap berpakaian skirt ballet atau tutu bersama-sama dengan anak perempuannya sempena ‘Malam Ballet Ibu Bapa’.

Ballet3
sumber: nextshark

Menurut Nextshark, Thanh Tran dari Tennessee, Amerika, telah mengenakan skirt ballet dan menari tarian itu bersama anak perempuannya, Adriana Cross yang berusia lapan tahun.

Studio tempat Ariana belajar menari ballet itu telah meminta ibu atau bapa untuk menyertai kelas menari ballet sempena Malam Ballet Ibu Bapa dan memandangkan ibu Ariana sedang sarat mengandung, Thanh mengambil keputusan untuk menggantikan tempat isterinya, Rebecca.

Pada awalnya, Thanh yang merupakan jurulatih bina badan dan mempunyai badan yang sado enggan menyertai, tambah-tambah lagi apabila Rebecca memberitahu bahawa dia perlu memakai skirt ballet. Walau bagaimanapun, Thanh yang sememangnya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Ariana akhirnya bersetuju.

Thanh menarik perhatian para ibu bapa dan pelajar pada malam itu bukan sahaja kerana memakai skirt berkenaan tetapi kerana sikapnya yang selamba sepanjang dia berada di situ.

Dia pakai baju itu, masuk ke dalam kelas dan tidak cuba untuk bersembunyi. Semua orang secara automatik memandangnya, dan dia cuba untuk tidak ketawa. Tetapi, dia dah buat ramai orang ketawa,” kata Rebecca.

Ballet2
sumber: instagram

Berdasarkan video yang dikongsi, Adriana kelihatan serius dan tekun mendengar arahan jurulatihnya, namun, Thanh mengalami kesukaran untuk mengekalkan keseimbangannya.

Melalui perkongsian di Instagram Thanh, dia menasihati kaum bapa supaya menyertai semua “Malam Ibu Bapa’ anak mereka tak kira apa jua aktiviti walaupun mereka terpaksa memakai skirt tutu.

Semuanya berbaloi apabila melihat anak saya tersenyum.”

Netizen rata-rata memuji Thanh yang sanggup ketepikan sifat malu bagi menggembirakan anak perempuannya kerana tidak ramai kaum ayah yang sanggup memakai skirt dan menari tarian ballet di hadapan orang ramai.

Wah! Untung Adriana mempunyai ayah macam ni. Sporting giler..Salute lah!

Baca: Foto Tentang Kasih Sayang Antara Ibu Bapa dan Anak Buat Ramai Netizen Tersentuh

Ballet4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.