in

Bapa Dakwa Mayat Ditemui 14 Tahun Lalu Bukan Anaknya, Polis Tegaskan Ujian DNA Sah Milik Nurin Jazlin

Collage 52

Baru-baru ini, bapa Nurin Jazlin sekali lagi menegaskan bahawa mayat kanak-kanak perempuan hasil pembunuhan kejam yang ditemui 14 tahun lalu itu bukanlah anaknya.

Ciri mayat ditemui tak sama dengan anak

Masih jelas mengingati pengecaman fizikal yang dibuatnya dulu, Jazimin Abdul Jalil berkata mayat yang ditemui itu mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan anaknya yang berusia lapan tahun ketika itu.

Dari dahulu lagi saya menafikan bahawa kanak-kanak itu Nurin Jazlin seperti kenyataan yang diulangi sebelum ini. Waktu itu saya perlu lunaskan fardu kifayah terhadap jenazah kanak-kanak berkenaan untuk dikebumikan.

“Jenazah kanak-kanak itu ada tahi lalat hidup di paha yang hakikatnya tidak ada pada anak saya. Begitu juga dengan saiz gigi jenazah yang lebih besar berbanding Nurin Jazlin.

Kemudian jenazah kanak-kanak dikatakan Nurin Jazlin itu tidak mempunyai parut BCG sedangkan anak saya sudah mengambil pelalian berkenaan.”

656757

Bukan itu sahaja, Jazimin turut mempertikaikan DNA yang sahkan mayat tersebut adalah anaknya kerana keputusan terlalu cepat.

Saya pernah meminta supaya ujian pemadanan DNA dilakukan sekali lagi namun terpaksa saya batalkan apabila pihak berkuasa memberitahu ia akan menyebabkan jenazah lebih lama di peti mayat.

“Memang pada waktu itu saya hanya mahu menunaikan fardu kifayah supaya pengurusan jenazah kanak-kanak yang ditemui dapat disempurnakan segera walaupun enggan menerima dan mengakui itu Nurin Jazlin.”

Polis Sahkan DNA milik Nurin Jazlin

Ekoran dakwaan ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa ujian DNA yang dilakukan telah sahkan mayat tersebut milik Nurin Jazlin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassin berkata, pihaknya akan menyiasat petunjuk baharu dari Jazimin yang mengatakan seorang individu warga Indonesia mempunyai maklumat berhubung kes Nurin Jazlin.

Manakala Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai turut memberitahu bahawa kes membabitkan kanak-kanak malang itu tak pernah ditutup dan siasatan teliti akan dibuat jika ada petunjuk baru.

Malah, bapa mangsa sudah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul jam 2 petang tadi bagi merakam percakapannya untuk membantu siasatan.”

360E11 5E2D0Ffdc85A4Aae934A76Dadc94C6Bcmv2

Tambah Eng Lai, Jazimin turut menyerahkan gambar yang diberikan oleh warga Indonesia mendakwa kemungkinan lelaki tersebut adalah suspek kes penculikan anaknya.

Pegawai polis akan menyiasat maklumat terbaharu dan akan menyemak sama ada lelaki terbabit masih bekerja dalam bidang perkapalan. Malah dia (pegawai penyiasat) memberitahu saya jika perlu ke Indonesia mereka akan lakukannya bagi menyelesaikan kes ini.”

Individu warga Indonesia yang memberi gambar lelaki terbabit memberitahu bahawa lebih 90 peratus wajah suspek sama dengan lakaran yang diedarkan oleh pihak polis sebelum ini.

Sumber: Harian Metro

 

Baca: Bapa Nurin Jazlin Mahu Kes Anak Dibuka Semula

Screenshot 2021 10 28 At 11.45.11 Am

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Hyperlokal