in

Banyak Ibu Bapa Kena Kecam Bagi Anak Main ‘Air Pancut’ Di Mall Baru, Rupanya…

Cats 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila ada je tempat baru dibuka seperti taman tema atau pusat membeli-belah, mesti orang ramai berpusu-pusu nak serbu dan rasai pengalaman dekat situ.


Macam baru-baru ni, TRX Exchange MALL di KL menerima kunjungan ramai sejak ia dibuka pada 29 November yang lepas. Namun begitu, viral mengenai sebuah video yang menunjukkan tindakan beberapa ibu bapa membenarkan anak mereka bermain air di taman permainan di situ.

Artikel berkaitan: Kedai Buah-Buahan Premium Dari Jepun, Sun Fresh Kini Dibuka Di TRX Kuala Lumpur

Artikel berkaitan: Penjual Barangan Sukan Terkemuka Timur Tengah, Sun & Sand Sport Kini Di Malaysia! Ini Apa Yang Menarik

Disebabkan itu, ramai yang mengecam tindakan ibu bapa tersebut yang sengaja membiarkan anak mereka bermain di situ.

Cats1

Namun begitu, timbul satu persoalan dalam kalangan netizen sama ada kawasan tersebut dibenarkan untuk bermain atau tidak.

Menurut seorang pengguna X, dia ada bertanyakan soalan itu kepada pihak pengurusan mall tersebut secara direct message di Instagram.

Jawab mereka, kawasan air tersebut memang dibuat khas untuk keluarga bermain di situ sebagai salah satu tarikan mall tersebut.

“Ya, mereka dibenarkan untuk bermain di situ. Ianya sebahagian daripada kawasan permainan air kami.”

Pengguna tersebut turut bertanya mengenai satu bahagian berbentuk ‘lingkaran’ yang kelihatan agak berbahaya untuk bermain di situ.

Q1

Atas faktor keselamatan, pihak mall tersebut tidak menggalakkan orang ramai untuk bermain di bahagian itu. Tambahan lagi, mereka sedang dalam proses untuk memberitahu pengunjung tentang apa yang dibenarkan untuk bermain di taman permainan tersebut.

“Secara amnya, kami tak galakkan kanak-kanak untuk bermain di dalam atau atas lingkaran itu. Ia hanyalah sebahagian elemen menarik yang diletakkan dalam taman itu.”

“Kami sedang dalam proses untuk memberi penjelasan tentang apa yang dibenarkan dan dilarang di taman itu.”

Namun begitu, pihak TRX Mall mengharapkan orang ramai untuk mengutamakan keselamatan semasa bermain di taman permainan tersebut.

Tak sabarnya nak pergi!

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.