in

Kedai Buah-Buahan Premium Dari Jepun, Sun Fresh Kini Dibuka Di TRX Kuala Lumpur

Ft Sun Fresh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sun Fresh baru-baru ini dengan bangga mengumumkan pembukaan kedai pertamanya di Malaysia yang terletak di dalam Pasar Raya SEIBU di TRX, Kuala Lumpur dan telah pun beroperasi secara rasmi pada 29 November 2023, serentak dengan perasmian Pasar raya SEIBU.


Merangkumi empat tingkat di dalam The Exchange TRX, SEIBU menampilkan lebih dari 700 jenama mewah, antarabangsa, kontemporari dan jenama-jenama dari Jepun.

Kedai Sun Fresh di TRX ini mempunyai kawasan makan yang menggunakan konsep yang sama seperti bahagian bawah pasar raya tradisional di Jepun yang menawarkan pelbagai pilihan eksklusif buah-buahan segar dari Jepun yang tiada di tempat lain selain di SEIBU.

Store2

Selepas melebarkan sayap ke Thailand dan Hong Kong, Sun Fresh merasakan terdapat peningkatan yang ketara oleh pengguna untuk buah-buahan Jepun di luar negara. Keputusan untuk memasuki pasaran Malaysia adalah selaras dengan sentimen pro-Jepun negara selain terdapat permintaan yang tinggi oleh pelancong di sini yang berminat dengan Jepun.

Dalam pada itu, Sun Fresh komited untuk menjalin kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan dengan matlamat untuk memudahkan pertukaran pengetahuan serta meningkatkan teknik pertanian antara Jepun dan Malaysia.

Mengakui kepentingan amalan pertanian yang mampan dan inovatif, Sun Fresh bercadang untuk melakukan dialog dengan kementerian berkenaan untuk berkongsi pandangan terutamanya berkenaan pertanian di Jepun.

Sun Fresh juga berhasrat untuk menyumbang pengetahuan berharga mengenai pengurusan tanaman, kawalan kualiti dan juga kaedah pertanian mampan dengan kerjasama daripada petani-petani dari Jepun.

Melalui kerjasama ini, mereka membayangkan pertukaran yang menguntungkan untuk kedua-dua negara dan tidak hanya mempromosikan pertumbuhan perniagaan Sun Fresh di Malaysia tetapi juga turut menyokong matlamat untuk meluaskan pembangunan pertanian dan keselamatan makanan di kedua-dua negara.

Kekuatan utama Sun Fresh pastinya terletak pada rangkaian produk premiumnya yang diperoleh secara langsung dari petani yang berdedikasi, hak istimewa yang hanya boleh diperolehi melalui rangkaiannya yang meliputi 40 lokasi pasar raya di Jepun.

Selain itu, langkah kawalan kualiti yang ketat dilaksanakan oleh kakitangan Jepun yang terlatih memastikan makanan bermusim yang sepadan boleh disediakan secara konsisten mengikut musim-musim yang ada di Jepun.

Sun Fresh yang terletak di TRX ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kawasan makan khas yang menampilkan menu seperti sandwich, buah, parfait buah dan jus segar yang dibuat atas pesanan dan kawasan jualan yang menawarkan pelbagai produk dari buah-buahan harian hingga hadiah yang eksklusif.

4.Fruit Parfaits 1.Fruitbasket1

Lebih menarik, selain menawarkan produk yang luar biasa, Sun Fresh membawakan paparan serta perkhidmatan yang dirancang dengan teliti menjanjikan pengalaman membeli-belah yang tidak seperti kedai buah-buahan atau sayur-sayuran lain. Sun Fresh juga menyediakan bukan sahaja produk unggul tetapi juga kewujudan hospitaliti Jepun dan meningkatkan keseluruhan pengalaman pelanggan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.