in

“Bangga dan gembiranya!” – Michelle Yeoh Ucap Tahniah Buat Lee Zii Jia, Aaron Chia & Soh Wooi Yik

Syaz Ft 2024 08 06T123926.039

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga hari ini, nama Lee Zii Jia, Aaron Chia serta Soh Wooi Yik masih menjadi bualan rakyat Malaysia.

Mereka ini telah berjaya meraih pingat gangsa untuk sukan badminton bagi acara perseorangan lelaki serta regu lelaki di Olimpik Paris.


Artikel berkaitan: Michelle Yeoh Terima Anugerah Pingat Kebebasan Dari Presiden AS

Artikel berkaitan: “Anak ke cucu?” –  Michelle Yeoh Kongsi Foto Kaki Baby Curi Tumpuan Netizen

Pelakon terkenal Hollywood yang berasal dari Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh juga tidak dapat menahan keterujaannya untuk meraikan kemenangan atlet badminton negara itu.

Dalam posting Instagram miliknya, Michelle atau nama sebenarnya Michelle Yeoh Choo Kheng merakamkan ucapan tahniah buat pemain beregu negara, Aaron Chia dan Soh Woo Yik serta pemain perseorangan, Lee Zii Jia kerana berjaya mengharumkan nama negara di pentas dunia itu.

“Tahniah! Saya sangat bangga dan gembira dengan atlet Malaysia yang telah berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara badminton di Olimpik Paris. Go Team Malaysia,” tulisnya.

Pelakon filem Everything Everywhere All at Once yang pernah memenangi Anugerah Oscar itu juga merupakan salah seorang ahli dalam International Olympic Committee (IOC).

Fuh bangganya!

Sumber: Instagram (1)(2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.