in

Michelle Yeoh Terima Anugerah Pingat Kebebasan Dari Presiden AS

F1 Pingat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal dengan Michelle Yeoh, seorang pelakon kelahiran Ipoh, Perak yang telah lama menempa nama dalam industri seni di Hollywood kan. Tahun lalu, Michelle Yeoh telah berjaya merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Oscar Ke-95 menerusi filem Everything Everywhere All at Once.


2 1

Baru-baru ini, Michelle Yeoh sekali lagi menjadi perhatian ramai khususnya rakyat Malaysia kerana beliau telah menerima Anugerah Pingat Kebebasan Presiden Amerika Syarikat (Medal of Freedom).

Memetik laporan NST Online, difahamkan, pingat tersebut merupakan anugerah penghormatan tertinggi Amerika Syarikat.

1 1

Michelle Yeoh menerima anugerah pingat itu kerana kejayaannya yang menjadi warga Asia pertama yang meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar pada tahun lepas.

Artikel Berkaitan: “Semua gempak-gempak” – Ini 10 Filem Yang Tercalon Untuk Oscars 2024

Artikel Berkaitan: “Anak ke cucu?” – Michelle Yeoh Kongsi Foto Kaki Baby Curi Tumpuan Netizen

Upacara penyampaian pingat itu telah diadakan di Rumah Putih, Washington, Amerika Syarikat.

Dalam ucapan ketika acara penyampaian pingat tersebut, Joe Biden iaitu Presiden AS mengatakan peranan Yeoh telah mengatasi budaya, bahasa dan jantina.

Yeoh juga berjaya memecahkan stereotaip dan mempertingkat serta memperkaya budaya AS.

Sumber: NST Online

Sumber: Britannica

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.