in

“Anak ke cucu?” – Michelle Yeoh Kongsi Foto Kaki Baby Curi Tumpuan Netizen

Michelle Yeoh Dapat Baby

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang tahun 2023 atau lebih tepat lagi tahun lepas, banyak kejayaan besar yang diraih aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh.


Malah, namanya berada dalam Top 3 carian paling sohor kini bagi kategori ‘orang’ di Carian Google Malaysia sepanjang tahun 2023.

Memasuki tahun baru, Michelle, 61, berkongsi sebuah foto di laman Instagram, memaparkan dirinya memegang kaki bayi telah mencuri tumpuan netizen.

Artikel berkaitan: 19 Tahun Jalin Hubungan, Michelle Yeoh Sah Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan Dari Perancis

Menerusi hantaran itu, Michelle yang meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar berkata tahun 2024 adalah permulaan yang menggembirakan dengan kehadiran bayi tersebut.

“Sedikit keajaiban pada hari pertama 2024. Kami sangat diberkati.

“Tidak dapat memberitahu anda betapa gembiranya saya untuk kegembiraan yang sangat istimewa ini,” kongsinya.

Pelakon Everything Everywhere All At Once itu bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai bayi yang tidak diketahui jantina itu.

Anak ke cucu?

Perkongsian itu telah membuatkan netizen berteka-teki tentang status bayi tersebut sama ada anaknya mahupun anak angkat ataupun cucunya.

Ada yang mendakwa Michelle mendapatkan anak melalui ibu tumpang memandangkan netizen tidak pernah melihat fotonya dalam keadaan hamil.

Pun begitu, rata-ratanya tetap mengucapkan tahniah buat Michelle dan pasangan, Jean Todt atas anugerah yang tidak ternilai itu.

Screenshot 2024 01 02 173338 Screenshot 2024 01 02 173405 Screenshot 2024 01 02 173415 Screenshot 2024 01 02 173426 Screenshot 2024 01 02 173439

Sekadar info, Michelle dan suaminya mendirikan rumah tangga selepas 19 tahun menjalinkan hubungan cinta.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2004 dan disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Geneva, Switzerland.

Tahniah Michelle! Min pun tumpang gembira!

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.