in

Amerika Syarikat Tak “Goyang”, Kembali Buka Disney World Walaupun Catat 60,000 Kes Baharu Covid-19

Untitled Design 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu, Amerika Syarikat merupakan negara yang paling terjejas teruk susulan penularan pandemik Covid-19 dengan mencatatkan keseluruhan 3.4 juta kes positif dan angka kematian sebanyak 137,000 orang.


Namun perkara itu langsung tidak ‘menggoyangkan’ Amerika Syarikat apabila mereka sudah pun membuka kembali taman tema Disney World mereka yang terletak di Orlando, Florida.

Tetap Optimis Walaupun Rekod 60000 Kes Baru Setiap Hari Amerika Syarikat Bakal Buka Semula Disney World

Menurut sumber, pembukaannya pada Sabtu lalu berserta SOP ketat di mana Disney mewajibkan semua pengunjung untuk menjalani saringan kesihatan terlebih dahulu dan mewajibkan penggunaan pelitup muka selain mengamalkan penjarakan sosial.

Disney Papan Tanda

Meskipun keputusan ini dilakukan demi menyelamatkan ekonomi selepas 4 bulan ditutup, namun ianya agak mengejutkan masyarakat dunia memandangkan taman tema tersebut betul-betul terletak di ‘Red Zone’.

Florida semalam sudah mencatatkan 15,000 kes baru , satu rekod tertinggi bukan sahaja di AS malah tidak pernah dicapai mana-mana negara di dalam dunia.

Susulan catatan tertinggi itu, keputusan pembukaan semula Disney World membimbangkan kerana pengunjung taman tema kebanyakannya adalah kanak-kanak serta mereka yang berkeluarga.

Baca: Allah nak tunjuk sesuatu – 200,000 Orang Diramal MAUT Akibat Covid-19 Di Amerika Syarikat!

Capture 1 2

Sumber: Market Watch
Sumber: Market Watch

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.