in

Bandingkan Nasib Rakyat Palestin Dengan Komuniti Cina Di M’sia, Portal Berita Mohon Maaf Atas Keterlanjuran Wartawan

tanya soalan perkauman dengan galloway

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dari semalam, tular rakaman video di media sosial memaparkan satu sesi soal jawab seorang wartawan dari sebuah portal berita dengan ahli politik veteran Britain, George Galloway semasa syarahan umumnya yang bertajuk ‘Gaza Exposes the Complicity of International Actors’ pada 12 Januari lalu.

Sesi itu menimbulkan kontroversi apabila wartawan berkenaan didakwa mencadangkan persamaan antara isu Palestin dengan kedudukan komuniti Cina di Malaysia, serta dakwaan sebahagian penyokong pro-Palestin tempatan juga mempunyai pandangan anti-pendatang.


Soalan itu juga mencadangkan, isu-isu berkenaan berpunca daripada legasi penjajahan British dan berkongsi unsur xenofobia serta nasionalisme eksklusif.

615431361 10163438167487696 532359103323894920 n

Artikel berkaitan: “Perkara dah jadi” – Pelakon Bermalam Di Lokap Arab Saudi Gara-gara Pakai Baju ‘Save Palestine’

Artikel berkaitan: Peserta Himpunan Solidarity Palestine Di Dataran Merdeka Yang Bawa Sepanduk Kutuk Netanyahu Digelar Zionis?

Galloway sifatkan persamaan tidak tepat dan keterlaluan 

Walau bagaimanapun, Galloway telah menolak perbandingan tersebut dengan perjuangan rakyat Palestin yang menurutnya antara golongan paling ganas ditindas di dunia dan keadaan di Malaysia sama sekali tidak menyamai realiti dihadapi oleh rakyat Palestin di bawah pendudukan Israel.

Beliau juga menyifatkan persamaan tersebut sebagai tidak tepat dan keterlaluan.

Saya belum pergi seluruh Kuala Lumpur hari ini, tetapi saya tidak nampak sebarang kereta kebal. Saya tidak nampak senjata.

“Saya tidak nampak trak tentera. Saya tidak nampak jalan khas untuk golongan tertentu.

“Saya tidak nampak apa-apa yang anda sebutkan. Mungkin saya terlepas sesuatu. Saya bukan pakar dalam isu yang anda bangkitkan,” katanya dalam klip video yang tular.

GALLOWAY 1768404258

Galloway juga berkata, beliau tidak melihat penindasan sistemik yang setara dengan apartheid di Malaysia, sambil menyatakan komuniti Cina kelihatan berkembang maju.

Setakat yang saya lihat, masyarakat Cina hidup dengan baik di Malaysia disebabkan kerja keras dan kepakaran perniagaan mereka.

“Orang Cina berjaya di mana-mana saja, termasuk di China,” katanya.

Katanya lagi, menyamakan Malaysia dengan sebuah masyarakat apartheid seperti Palestin adalah sesuatu yang dikesali dan ‘agak memalukan’.

Portal berita buat permohonan maaf 

Dalam pada itu, portal berita berkenaan dalam satu hantaran di Instagram semalam telah membuat permohonan maaf dan memaklumkan tindakan tatatertib telah diambil terhadap wartawan tersebut susulan siasatan dalaman yang dilakukan mereka.

Sebagai organisasi berita yang bertanggungjawab, FMT ingin menyatakan bahawa kami sama sekali tidak melaporkan perkara-perkara sedemikian atau menyokong pertanyaan sedemikian oleh wartawan kami. 

“FMT kesal atas kesulitan yang dicetuskan oleh wartawan kami terhadap penceramah forum, penganjur, para hadirin, dan rakyat Malaysia secara amnya, dan dengan tulus memohon maaf kepada mereka atas sebarang kesulitan yang timbul,” tulis kenyataan itu.

Baca sepenuhnya di bawah:

Sumber: Berita Harian, FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.