in

“Baik ko masak sendiri kat rumahhh!” – Netizen Kecam Orang Ni Cerewet Order Makanan, Tapi Sebenarnya…

Cendawan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang ada taste dan kesukaannya dalam makanan. Ada yang suka makan masin-masin dan ada pula yang suka makan manis. Tapi ada sesetengah orang sangat cerewet dalam makanan macam kat bawah ni.


Menerusi satu posting yang viral di Twitter, netizen ni berkongsi order yang diperolehi aplikasi penghantar makanan dari seseorang yang admin rasa boleh tahan cerewet orangnya. Nah korang tengok kat bawah.

 

“Kesian tukang masak tu nak masak kalau dapat order macam ni…” 

Kalau korang tengok kat order yang diperoleh aplikasi penghantar makanan ni, customer tersebut nak memesan nasi goreng cendawan je. Tapi permintaannya atau ‘special request’ nya boleh tahan.

Dia request supaya tukang masak tak gunakan telur kampung, jangan masukkan bawang putih, bawang merah dan daun bawang. Tak mahu gunakan sos tiram atau apa-apa makanan seafood. Malah dia juga tak mahu kicap hitam!

Damn

Maka 1

2 4
sumber: twitter

Tak cukup dengan tu, minuman pun ada special request tau. Customer ni order air tembikai tapi tak mahu ais dan siap mintak ikat mati lagi. Haa gitu! 

3 3
sumber: twitter

 

“Masak la sendiri, kau makan nasi dengan minyak je pun” 

Rata-rata netizen yang baca order kat atas tu memang kecam customer tersebut habis-habisanlah. Siap ada yang suruh customer ni hire orang gaji atau masak sendiri je kat rumah. Semua benda dia tak nak, kan agak menyusahkan tukang masak.

Masak
sumber: twitter

 

Customer mungkin ada Allium Allergy atau amalkan vegetarian? 

Sebelum korang galak mengecam customer tersebut, ada beberapa perkara yang netizen lain jelaskan yang buat admin simpati pulak dengan customer ni.

Menurut netizen, kemungkinan besar customer ini menghidap allium allergy, sejenis alergi yang mana menghalang pesakit makan apa-apa jenis bawang sebab ia boleh mendatang kesan buruk pada badan. Nah korang bacalah lebih lanjut kat bawah

Aaa

Ehz9Yqyucaetl1P
sumber: twitter

Tak cukup dengan tu, ada yang defend customer ni mengatakan dia mungkin seorang Taois dan mengamalkan vegetarian. Dorang ni samalah macam kita jugak, ada pantang larang dalam makanan macam tak boleh makan khinzir macam tu.

Kampung
sumber: twitter

Apa-apapun admin rasa tak eloklah kita kecam seseorang tu tanpa mengetahui apa masalah sebenar yang dihadapinya tambah-tambah pulak kalau ia berkaitan penyakit. Kesian jugak kalau setiap kali nak order kena cakap macam ni. 

Baca: “Takkan rakam and tengok je?” – Netizen Kecam Tindakan Orang Ramai Yang Hanya Lihat Lelaki Kena Ragut

Iii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.