Belum sejuk lagi isu ibu kepada Haneesya Hanee membuat laporan polis selepas anaknya disamakan dengan Hajarul Aswad, muncul pula kontroversi baru mengenai artis ini.
Menerusi posting di Twitter, netizen telah berkongsi gambar Haneesya berposing dengan gaya yang agak tidak sedap mata memandang.
Gadis berusia 19 tahun ini dilihat mengenakan tudung tapi tubuh badannya seakan tak berpakaian dan duduk dalam keadaan bertinggung.
“Sedihnya bila orang Islam sendiri persendakan hukum Allah”
Seperti yang korang semua dapat agak, gambar tersebut telah mendapat kecaman hebat netizen yang menganggap Haneesya tidak menghormati agama dan sengaja melakukan posing sebegitu untuk mendapat perhatian. Aduhai…
Apa-apapun buat masa ini, Haneesya masih tak beri apa-apa kenyataan berhubung gambar tersebut. Admin yakin Haneesya pasti ada jawapannya tersendiri di sebalik ‘posing maut’ itu kan.
Sama-samalah kita nantikan ye.