in

“Bagilah untuk pesakit yang lebih muda” – SEDIH! Warga Emas Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Katanya Tak Mahu Dibantu dengan Alat Pernafasan

Combine Nenek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes kematian akibat wabak Covid-19 semakin bertambah di seluruh dunia. Hal ini menggambarkan betapa bahayanya virus ini yang boleh meragut ramai nyawa. Apabila seorang pesakit itu sudah perlu memerlukan alat ventilator sebagai alat untuk bantuan pernafasan maka ianya sudah ditahap yang kritikal.


Seorang warga emas yang merupakan pesakit Covid-19 dikenali sebagai Suzanne Hoylaerts, 90 yang berasal dari Lubbeek, Belgium telah meninggal dunia setelah dia menolak untuk dipakaikan alat pernafasan sewaktu mendapat rawatan di hospital, lapor Daily Star.

Alat

“Simpan untuk pesakit yang lebih muda. Saya sudah melalui kehidupan yang baik” 

Menurut anak wanita ini, ibunya dah sakit sejak 2 minggu lalu lepas dia hilang selera makan dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Namun, dia tidak mengalami batuk ataupun demam.

Nenek

Oleh itu, anak wanita ini menghantarnya ke hospital pada awal Mac dan doktor mendapati oksigen didalam badannya rendah.

Setelah didapati positif Covid-19, ibunya terpaksa dirawat di bilik rawatan kecemasan tanpa diiringi oleh ahli keluarga.

Anak wanita ini mengatakan yang ibunya telah meninggal dunia pada 21 Mac sehari selepas dia dimasukkan ke hospital.

Keluarganya tak tahu bagaimana ibunya boleh terjangkit dengan virus itu sedangkan ibunya mengambil serius tentang lockdown ini.

Anak wanita ini berasa sedih kerana tak dapat nak ucap selamat tinggal dan menghadirkan diri ke upacara penegbumian ibunya.

Baca : Mati Sendirian, Keluarga Hanya Mampu Tonton Pengebumian Anak Menerusi Live Stream

S

 

 

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.