Seorang lelaki didakwa bertanggungjawab membunuh seekor gajah mengandung yang tular minggu lepas telah pun ditahan polis dan dorang kini sedang memburu dua lagi suspek yang terlibat dalam insiden ini.
Menurut laporan dari South China Morning Post dan CNA, gajah tersebut rupanya diberi makan kelapa dan bukan nanas seperti yang digembar-gemburkan dalam laporan sebelum ini.
Suspek yang dikenali sebagai P.Wilson ini telah ditahan pada Jumaat lepas selepas dia dikatakan telah membuat ‘bom kelapa’ dan letakkan di ladang getah untuk mengelakkan haiwan liar terutamanya babi hutan dari datang ke situ.
Lelaki ini mengaku telah menggunakan kelapa berisi mercun untuk dijadikan sasaran kepada haiwan liar.”
Lelaki ini kemudiannya membuat beberapa lagi bom kelapa pada minggu kedua Mei lepas dan letak bom tersebut berhampiran sempadan tanaman di kampung tersebut.
Pihak berkuasa mengatakan yang dorang tak pasti bila gajah berusia 15 tahun ini makan buah berisi mercun tersebut tapi dia ditemui cedera pada 25 Mei, dua hari sebelum dia mati.
Isi buah dan makanan lain dengan mercun telah menjadi amalan bagi petani di India bagi mengelakkan tanaman dorang dirosakkan oleh binatang buas.
Bagaimanapun, perkara ini telah menyebabkan haiwan yang tak bersalah cedera parah dan terbunuh dengan kejam ketika dorang berkeliaran mencari makanan.
Baca: “Agenda nak burukkan Islam?” – Rupanya BUKAN Orang Kampung Bagi Gajah Makan Mercun, Tapi…