in

“Badan rasa kebas” – Wanita Kongsi Detik Hampir Jadi Mangsa Pukau Depan Mall Di KL

Ft Wanita Badan Kebas Hampir Dipukau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan dah banyak kelonggaran diberikan dalam fasa ‘peralihan ke endemik’ ini, hampir 80% kehidupan harian kita dah berjalan seperti biasa.


Orang ramai dah mula berkerumun di kawasan-kawasan tertentu seperti di mall pada hujung minggu dan waktu habis kerja sebab banyak perniagaan, perusahaan kembali operasi, maka secara tidak langsungnya golongan scammer ni pun ‘sama naik’ mula balik modus operandi mereka.

 

Hampir kena pukau

Menerusi WORLD OF BUZZ, individu yang dikenali sebagai Khai Yuen ada kongsikan pengalamannya hampir menjadi umpan scammer ini ketika menunggu teman lelakinya sampai selepas habis bekerja di hadapan sebuah pusat membeli belah di KL.

Ketika sedang menunggu,  ada kelibat wanita berjubah dan bertudung labuh berwarna hitam berjalan dihadapannya dan berbicara bahasa pelik kepadanya sampaikan badannya rasa kebas.

“Sejurus selepas saya tamat kerja, saya menunggu teman lelaki saya di luar sebuah pusat beli-belah di KL. Tiba-tiba, seorang wanita berjalan di hadapan saya dan mula cakap perkara yang saya tidak faham. Saya tidak memandangnya secara langsung ketika dia bercakap dengan saya, dan saya dapat merasakan badan saya menjadi kebas.”

Screenshot 2022 11 14 160829

Katanya lagi, dia rasa macam ada sesuatu yang tak kena dan terus ‘lari’ daripada wanita itu. Malah, wanita itu juga turut pergi.

Sambil pegang telefon, Khai Yuen cuba ekori wanita itu dan merakamnya. Kelihatan wanita itu bertemu dengan seorang lelaki seorang wanita lain. Khai Yuen menjelaskan bahawa lelaki itu sedang menolak kereta sorong bayi tetapi tiada bayi di dalamnya.

 

Ada mangsa lain jadi ‘umpan’ depan mata

Tak lama kemudian, wanita itu kemudiannya beredar daripada pasangan itu dan terus ke menuju ke arah seorang lelaki yang kelihatan menunggu di tepi jalan.

“Dia melakukan perkara yang sama dan berdiri di situ sambil bercakap dengannya dan beberapa ketika kemudian lelaki itu membuka begnya dan mengeluarkan  barang untuk diberikan kepada wanita itu. Selepas dia mengambilnya, dia beredar dari lelaki itu dan lelaki itu hanya merenung.”

Screenshot 2022 11 14 160742

Tindakan Khai Yuen untuk mengekori wanita tersebut terhenti disitu selepas teman lelakinya tiba.

“Apabila saya masuk ke dalam kereta teman lelaki saya, badan saya masih berasa sedikit kebas dan saya rasa saya sepatutnya lebih berhati-hati”, katanya.

Khai Yuen turut menasihati netizen yang sering ke kawasan itu supaya berhati-hati kerana mereka boleh menjadi mangsa pukau mereka.

Posted by Khai Yuen on Tuesday, November 8, 2022

 

Sekarang ni tempat-tempat ramai orang memang kena hati-hati, lebih-lebih lagi kalau berseorangan, kalau boleh elakkan daripada bertegur dengan mana-mana orang yang nampak mencurigakan.

Baca : [VIDEO] Suri Rumah Dipukau Masa Beli Barang Dapur, RM10k & Barang Kemas Lesap!

Wanita Dipukau Rm10K Lesap 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.