in

“Ayat ko ni boleh pengaruh budak-budak sekolah” – Instafamous Dikecam ‘Tampal’ Plat Kereta 7G, Bangga Dapat Result SPM Teruk?

7G

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak lama dulu, instafamous, Iera Tajudin dan kembarnya, Ieka Tajudin pernah viral di media sosial kerana isu menyalahkan guru mereka gara-gara mendapat keputusan 7G dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Namun isu tersebut pun sudah berlalu dan kembar itu kini kembali menjalani kehidupan seperti biasa serta mempunyai perniagaan kosmetik yang agak berjaya.

Iera Ieka

Walau bagaimanapun, baru-baru ini nama kembar terbabit kembali menjadi perbualan ramai selepas Iera Tajudin memuat naik gambarnya di Instagram dengan sebuah kereta mewah yang menggunakan plat kereta bernombor 7G yang ditampal pada kenderaan tersebut.

 

“Nombor plate macam ni boleh buat tak?” 

Iera menerusi kapsyen di posting tersebut berkata, di sebalik kegagalan mereka yang mendapat keputusan teruk dalam SPM, tidak dia sangka rupa-rupanya mereka masih boleh mengecapi kejayaan dan berubah menjadi manusia yang lebih baik.

https://www.instagram.com/p/CI0DhiHgA3z/

Nombor plate macam ni boleh buat tak?  Yelah dulu kan ramai orang cakap 7G SPM ni takda masa depan but alhamdulilah masa tu pun masih ada yang positive dengan Iera.

“Ingat guys! Manusia boleh berubah, yang jahat boleh jadi baik. Dan yang baik pun boleh jadi jahat. Stop judging others and spread positive vibes,” katanya.

 

“Ayat ko ni boleh mempengaruhi budak-budak sekolah tu makin malas belajar” 

Macam manapun, positive vibes yang dibawa Iera nampaknya dirasakan tidak kena di mata netizen kerana dia dilihat seakan-akan bangga dengan keputusan 7G SPM yang diperolehinya dan perkara ini juga memberi kesan negatif kepada remaja yang sedang di bangku sekolah.

Negatif

 

“Jalan terus, proud of you!” 

Dalam masa yang sama, tak semua berfikiran Iera berbangga dengan keputusan yang dimilikinya tu. Ramai yang terinspirasi dan mengagak Iera cuma nak tekankan betapa pentingnya berusaha walaupun tak dapat keputusan yang baik dalam pelajaran. Oh baguslah macam tu kan. 

Iera 2

Apa-apapun bagi admin, untuk mencapai kejayaan ni yang paling penting ialah kita berusaha. Kalau tak usaha, macam mana nak dapat result bagus dalam SPM dan macam mana pulak nak berjaya bisnes kalau malas nak berniaga kan? 

Baca: “Handsome With Brain” – Jabir Meftah Kongsi Rahsia Peroleh Keputusan 9A Dalam SPM

Jabir

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.