Keputusan SPM baru sahaja diumumkan pada hari Jumaat yang lepas dan kita boleh lihat ramai adik-adik lepasan SPM yang gembira dan juga terkejut dengan keputusan yang diterima. Rentetan isu ini, peserta Hero Remaja 2020, Jabir Meftah ada berkongsikan rahsia kejayaannya mendapat keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Ini adalah rahsia saya mendapat keputusan cemerlang meskipun saya tidak mengikuti kelas tambahan, aktif dalam sukan dan jarang belajar”
Berikut adalah tips yang ditulis oleh Jabir:
1. First Impression
“Kita selalu dngr dri seniors yang subject ni susah lah subject tu susah lah and lain2 kan. Lepas dengar kita akan rasa apa Rasa down”
Menurut Jabir, jangan pernah dengar cakap orang lain yang kata sesebuah subjek itu susah dan sukar untuk difahami. Kita sendiri perlu teroka subjek itu dan nilai secara peribadi.
Sambung Jabir lagi, semuanya bergantung kepada mindset kita untuk memandang sesuatu perkara itu adalah sukar atau senang. Positif selalu!
2. Respect
“Ramai student ambil remeh bab ni, padahal ni paling penting sekali!!!”
Menurut Jabir, sehebat dan sepandai mana pun seseorang itu, kita mestilah menghormati guru kerana di situlah terletaknya keberkatan dalam menuntut ilmu.
Terang Jabir lagi, setiap guru akan berusaha untuk membuat anak murid mereka faham akan ilmu yang ingin disampaikan. Sebagai pelajar, kita haruslah hormat guru dan ikut sahaja apa yang dituruti oleh mereka jika perkara itu membawa kepada kebaikan.
3. Focus
“Ok now bende paling penting, mcm mana nk focus dalam kelas and overcome bosan!
Cara Jabir senang je, dalam kelas I give my everything so bila keluar takyah study balik or pergi tuition.
Why? Sebab ilmu dah masuk, tinggal nak revise balik sikit je sejam dua sebelum final.”
Tambah Jabir lagi, dia sering duduk di hadapan kelas meskipun dianggap nerd oleh orang sekeliling. Dengan duduk di hadapan kelas, cikgu akan lebih mengenali kita dan pelajaran akan lebih mudah untuk difahami.
Di akhir thread tersebut, Jabir menjelaskan bahawa dia bukanlah pelajar yang gifted, namun dia juga seperti pelajar lain yang turut berusaha mendapatkan keputusan cemerlang.
Buat adik-adik yang baru sahaja mendapat keputusan SPM, apa-apa pun keputusan yang anda dapat ingatlah bahawa perjalanan hidup anda masih jauh lagi untuk diterokai. Jangan cepat putus asa okay!
Thread Penuh:
https://twitter.com/JabirMfth/status/1235487937262804993