in

“Awkward gila” – Wanita ‘Terperangkap’ Dalam Rumah Blind Date Lepas Lockdown Tiba-tiba

Collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Risiko kalau setuju nak pergi blind date ni adalah bila korang tak berkenan dengan orang yang korang jumpa. Tapi yang bagusnya, lepas date tu korang boleh je buat keputusan untuk tak nak jumpa lagi kan?


Masalahnya sekarang, apa perasaan korang kalau tiba-tiba terpaksa duduk berhari-hari dengan lelaki yang korang tak kenali gara-gara lockdown macam wanita dari Zhengzhou, China ni?

Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Wang telah memuat naik video di media sosial mengatakan yang dia terpaksa kuarantin di rumah seorang lelaki selama empat hari gara-gara kes Covid-19 di kawasan rumah tersebut tiba-tiba meningkat naik.

Menurut Wang, kerana usianya yang meningkat naik, keluarganya telah memperkenalkan dia dengan 10 pasangan. Lelaki ke-5 yang dia temui ini telah menjemputnya datang ke rumah sebab nak show off kemahiran memasaknya.

Apgm03E 700Bwp

Malangnya masa dorang tengah makan, komuniti di kawasan rumah lelaki tersebut tiba-tiba meminta semua orang untuk duduk di rumah dan wanita ini telah kongsikan pengalamannya ketika berada dalam situasi yang tak dijangkanya.

Disebabkan kitaorang tak kenal satu sama lain, saya memang rasa tak selesa dan malu untuk tinggal di rumahnya.

Pun begitu, selain lelaki tersebut lebih banyak mendiamkan diri macam patung, keseluruhan personalitinya okey dan dia sanggup untuk masak walaupun makanan dia biasa-biasa je.”

A11Qe7P 700Bwp

Kisah yang dikongsikan oleh Wang ini telah viral di media sosial di China sehinggakan wanita itu terpaksa menurunkan video tersebut kerana kawan-kawan lelaki tersebut dah mula mengacaunya.

Disebabkan video saya viral, ramai kawan-kawan dia mula telefon dan saya rasa dia agak terkesan dengan situasi ini. Jadi saya buat keputusan untuk turunkan video tersebut buat masa sekarang.”

Rata-rata netizen tak boleh bayangkan jika dorang terpaksa berhadapan dengan situasi seperti ini dan ada juga yang cadangkan situasi Wang ni diadaptasikan menjadi movie.

Screenshot 2022 01 14 At 2.19.58 Pm Down

Ahahaha, kesiannya… Entah-entah lelaki tu tak suka pun dengan dia, kita mana tahu kan? 

Sumber: 9gag

 

Baca: “Keluar dating bawak RM20 ada hati nak kutuk muka” – Lelaki Kena Kecam Lepas Kongsi Pengalaman ‘Blind Date’

Screenshot 2022 01 14 At 2.27.32 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.