in

“Aurora gatal nak kawin dengan si Pilip” – Netizen Geli Hati Baca Review Lelaki Ni Lepas Tonton Filem Maleficent!

Melipisen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang belum tonton lagi filem Maleficent: Mistress of Evil di pawagam, admin nasihatkan korang janganlah baca artikel ni sebab ia mengandungi SPOILER. Tapi kalau korang degil nak baca jugak, hah terpulanglah asalkan korang jangan sakit hati.


Baru-baru ni, nampaknya seorang netizen betul-betul sakit hati dengan watak Aurora yang dilakonkan Elle Fanning dalam filem Maleficent ni disebabkan sikapnya yang dikatakan ‘terlalu gila nak berkahwin dengan Prince Philip’.

Nintchdbpict000504266860
sumber: the sun

Ini ‘honest reviewnya’ yang dikongsikan di Twitter. 

 

“Arora gatal nak kawen dengan si Pilip, anak raja jiran sebelah istana” 

Ehqndnku4Aayxio
sumber: twitter

 

“Pengajaran – Pompuan kalau da gatal nak berlaki… Mak dia letak kat lutut je” 

Ehqndnmuwaayzzr

Ehqndnku0Aa7Gss
sumber: twitter

Release tension betul admin baca review dari Amirul. Ternyata dia bengang sungguh dengan watak Aurora tu. Bagi admin, ada betul juga cakap dia kat bahagian pengajaran tu. Gigih nau ye Aurora nak kahwin juga dengan Putera Philip walaupun sudah ditentang emaknya.

 

“Tapi tak rugi weh tengok cita ni aku bagi 11/10” 

Rata-rata netizen memang geli hati dan ada juga yang setuju 100% dengan apa yang ditulis Amirul ni. Tapi ini tak bermakna filem Maleficent ni tak best. Kebanyakannya rekomen untuk korang tengok kat wayang sebab ia memang berbaloi-baloi!

Arora
sumber: twitter

So korang dah tengok belum Maleficent ni? Jom tengok weekend ni atau sempena Deepavali nanti! 

Baca: “Tahniah! world class” – Filem Animasi Tempatan Upin & Ipin Tercalon Dalam Oscars 2020

Oscar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.