Pemergian isteri kesayangan masih lagi meninggalkan kesan yang besar buat Shuib Sepahtu. Lebih-lebih lagi bila tibanya tarikh-tarikh penting yang sering disambut bersama.
Macam baru-baru ini, Shuib telah memuat naik video hari pernikahannya dengan Allahyarhamah Siti Sarah menandakan usia perkahwinan mereka yang telah pun masuk ke tahun yang ke-12 tahun ini.
Dalam video tersebut, dapat dilihat Shuib telah melafazkan akad nikah sementara di bahagian belakang dilihat samar-samar Siti Sarah sedang duduk di atas pelamin.
Lenalah wahai bidadari. Selamat ulangtahun ke-12.”
https://www.instagram.com/p/CpHHXPdhRdk/
Bagaimanapun, rata-rata netizen di ruangan komen kurang senang dengan posting pelawak ini dan telah meminta agar video tersebut dipadamkan.
Netizen telah mempersoalkan tindakan Shuib yang gagal menutup aurat isterinya yang dilihat tidak memakai tudung semasa hari pernikahannya.
Sementara itu, sempena ulang tahun perkahwinannya juga, Shuib telah pun mengeluarkan single berjudul “Lenalah” yang ditujukan untuk arwah isterinya itu.
https://www.instagram.com/p/CpHsHuMBca1/
Sedap gak lagu ni, video dia memang buat tersentuh…
Baca: [VIDEO] ‘Join’ Ubi Superstar Live, Netizen Suruh Shuib Buang Nama Sepahtu?