Seperti yang rakyat jelata semua tahu, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin sebelum menjadi permaisuri dulu, pernah mempunyai karier yang hebat dalam bidang kewartawanan. Kalau korang jenis yang rajin tengok berita TV1, korang mesti akan rindu cara penyampaian berita baginda yang sopan santun dan jelas tutur bicaranya.
Namun begitu, rasanya rindu korang pasti akan terubat apabila page Instagram Selangor Royal Official memuat naik video Tengku Permaisuri Norashikin menyampaikan ucapan ringkas.
Tengku Permaisuri Selangor ucap tahniah sempena Hari Ulangtahun RTM Ke-73
Menerusi perkongsian video di Instagram, Tengku Permaisuri Selangor selaku bekas kakitangan RTM telah menyampaikan ucapan tahniah kepada stesen televisyen tersebut yang hari ini menyambut ulangtahun ke-73nya.
Tambahnya, sebagai seseorang yang pernah bertugas di stesen tersebut, baginda telah menganggap warga kerjanya terdahulu sebagai ahli keluarga sendiri dan kenangannya di sana pasti takkan dapat dilupakan selamanya. Awww!
https://www.instagram.com/p/Bvu93vUlATk/
“Gaya tak ubah macam dulu… Salah satu sebab patik tengok berita RTM zaman-zaman tuanku”
Video yang dimuat naik Selangor Royal Official ini ternyata menggamit memori netizen yang merindukan pembacaan berita tuanku. Tambah-tambah pulak gaya tuanku baca ucapan tu… tak ubah langsung macam masa zaman jadi penyampai berita dulu. Hebat sungguh!
“Sedaplah dengar Tengku Permaisuri bercakap”
Sukanyaa dengar tuanku berbicara. Admin admire sangat Tengku Permaisuri Selangor ni sebab dia sentiasa nampak sopan, cantik dan beauty with brain! Untung rakyat Selangor!